Thursday, 13 February 2014

BICARA CINTA HINGGA KE SYURGA..


assalamualaikum..
Baru-baru ni ada pergi ceramah "bicara cinta hingga ke syurga" perkongsian ustaz ridhauddin dan senior IPDA yang baru je sem 7 tapi baru berkahwin . Ditambah dengan host ustaz hafedz yang memang terbaikk ^_^..

Semangat tahap maksimum la nak pi ceramah ni..hehe
Nak cinta sampai ke syurga mestilah ada endingnya. Analogi yang dapat ayu buat.. setiap ayat pengakhirannya mesti titik untuk menandakan ayat itu dah abis. Setiap doa pengakhirannya mestilah "aaminn" menandakan doa itu dah habis disamping bermohon kepada Allah untuk perkenankan. Begitulah juga cinta yang mahu hingga ke syurga endingnya ialah perkahwinan. 

The impact of love memang besar.. 
" CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!   "
(filem ketika cinta bertasbih..>>kata-kata ini ustaz bacakan sewaktu ceramah>> 

Sanggupkah awak jadi suami kedua saya???
ucapan yang macam tak waras..tapi bagi insan yang sedar akan hakikat cinta  akan meletakkan cinta Allah dan rasul sebagai cinta pertama bukannya cinta manusia. cinta manusia hanyalah alat untuk kita mendapatkan cinta Allah.. cinta Allah begitu takjub dan luar biasa kuasaNya. Menyedari hakikat diri ini... tanya hati? dimana cinta Allah dan rasul kita letakkan? =(

Isteri menjadi medium untuk sampai cinta Allah dan rasul.! Sayu bila mendengar kata-kata ini. Banyaknya kekurangan diri ayu . ayu yakin! mesti ramai muslimah yang mendengar kata-kata ustaz ini akan berasa sayu jika mereka mengahyati kata-kata tadi.. jangan rasa diri hebat. besarnya tanggungjawab isteri..perbaikilah diri sementara punya waktu untuk kita bersama-sama menjadi medium menuju JannahNya..

Pesan pada hati..

 " SABARLAH BILA SAMPAI WAKTUNYA..
   SEBELUM WAKTUNYA....SABARLAH!!"









Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta.
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya.
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.
mata ada pasangannya..
telinga pun ada pasangannya..
kaki, tangan semuanya ada pasangan..
hati?
ada satu je..
sebab.. akan bersatu dua hati yang saling mengasihi kerana Allah
sabar+yakin+percaya
 ^_^






*pstttt....ayu mintak maaff  =(

No comments:

Post a Comment