Thursday, 29 November 2012

SUNGGUH,..PEMIKIRAN YANG SUDAH ROSAK!!


Pemikiran Yang Sudah Rosak

Pemikiran manusia sungguh sudah rosak

Nafsu pun mendesak-desak apa yang dia hendak

Kehendak nafsu juga tidak ada batas dan sempadannya

Kehendak nafsu menggunakan fikiran yang sudah rosak

Sedangkan fikiran pada otak orang yang cerdik di dalam diri manusia

Dengan kekuatan fikiran kehendak nafsu amat lajunya

Fikiran yang sudah rosak hanya memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, 

kenderaan, seks, nama


Belajar tinggi macam mana sekali pun tetap memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama

Perjuangan manusia setakat itu sahaja

Sejauh mana pun mereka mengembara matlamatnya itulah jua

Ke mana pun mereka belajar dengan tujuan apa yang telah dinyata

Soal negara, bangsa bukan urusan mereka

Itu adalah urusan pemimpin negara atau orang politik sahaja

Soal Tuhan, soal agama lebih-lebih lagi tidak ada di dalam kamus hidup mereka

Fikiran semacam ini telah menjangkit kepada umat Islam juga

Rata-rata umat Islam berfikiran makan, minum, pakaian, tempat tinggal, 

kenderaan, seks dan nama



Kalau begitulah murah sangat kehidupan ini

Hidup kerana makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, nama

Kemudian mati selepas itu mereka anggap habis cerita

Mereka lupa selepas mati ada Syurga dan Neraka

Kalau hidup sepertimana yang kita cerita

Jawapannya kebanyakan manusia terjun ke Neraka

Ke Syurga mungkin setiap satu juta seorang sahaja



Sungguh tertipu kebanyakan manusia menilai kehidupan ini di dunia

Kehidupan di dunia sungguh dipandang murah sahaja

Seolah-olah Tuhan jadikan dunia dan manusia untuk seronok-seronok semata-mata

Kemudian mati habis cerita

Selepas mati tidak ada kehidupan lagi

Kehidupan itu hanya semata-mata di dunia sahaja

Kerana itulah kebanyakan manusia hidup di dunia macam orang berkelah sahaja

Berhibur, berseronok, bergembira, bersukar ria

Begitulah kalau fikiran manusia sudah rosak



ANAK MUDA HARAPAN BANGSA...BEGINIKAH??!!HARAPAN AGAMA??!!




Umat Islam hari ini semakin meruncing kedudukannya. Walaupun rakyat semua hidup dalam negara yang merdeka, namun hakikatnya majoriti Umat Islam hari ini masih diracun dan dijajah oleh Ideologi didikan sekular agenda drp pemikir pemikirn yahudi dalam serangan halus melalui budaya untuk melemahkan Umat Dan Juga Kerajaan Islam..

Ini satu hakikat!! Hakikat yang menyakitkan!!..
Nauzubillahiminzalik...Pelihara aku dan seluruh umat islam dari perkara yang mengundang murkaMu...

Makna Bacaan Duduk Diantara Dua Sujud


Makna Bacaan Duduk Diantara Dua Sujud



Rabbighfirli      - Tuhanku ampunilah daku
Warhamni         - dan sayangilah daku
Wajburni           - dan cukupilah kekuranganku
Warfa'ni            - dan tinggikan darjatku
Warzuqni          - dan berikanlah daku rezeki
Wahdini            - dan tunjukkilah daku
Wa'afini            - dan sehatkanlah daku
Wa'fu'anni        - dan maafkanlah daku



Jom sama-sama menghayati makna bacaan duduk antara dua sujud. moga2 kita dapat memperolehi solat yang khusyuk..



Ya Allah..Aku hambaMu..

Tiada apa yang kuinginkan melainkan kebaikan di dunia dan akhirat..

Kurniakan aku rahmat dan redhaMu..

Biar hina aku di mata manusia..

Janganlah Kau hinakan aku dihadapanMu..

Siapa mereka yang hendak menilai imanku..!

Kau Ya Allah yang Maha Mengetahui di sebalik setiap sesuatu yang zahir ataupun yang tersembunyi..

Terima Kasih Ya Allah

^_^



Wednesday, 28 November 2012

SAHABAT..AKU MERINDUIMU..






‎"ya Allah,sahabatku buah hatiku,
mesra kami penawar duka,
rindu kami menambah cinta,
rajuk kami membawa ceria,
ya Allah!silaturrahim kami ukhuwah fillah,
permusuhan kami,nauzubillah,berspisah hanya dengan mati,insyaAllah.
pengikat hati kami,rabithah mardhotillah ♥"

kenangku dalam doamu..sahabat~~ T_T


BICARA SANG HAMBA..

Ya Allah ..
aku tahu setiap perkara yang berlaku ada hikmahMu..
aku tahu.. perpisahan ini memberi seribu satu kebaikan kepadaku..
aku tahu jodohku ditentukan olehMu..
aku tahu Ya Allah.. aku tahu..

Tapi kenapa hati ini sukar untuk merelakannya..
sejauh mana aku berusaha untuk melupakan segalanya..
sejauh ini jugaklah aku merasakan kesakitannya..
Aku belajar untuk meredhakannya..
Aku belajar menerima takdirMu..
Aku belajar membaiki diri..
Aku belajar untuk bermuhasabah..
"perpisahan" ini banyak mengajarku..

Aku percaya dengan kata-kata Allah..

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala ( daripada kebajikan ) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya..."
(surah al-baqarah 284)

Ayat-ayat cintaMu menyedarkan aku..

Satu pintaku ya Allah..
Aku tidak mengharap untuk memiliki dirinya lagi..
satu aku pinta Ya Allah..
Bantu aku mencari cintaMu..
Jangan biarkan aku bergelumang dengan cinta manusia andai belum tiba saatnya..
Izinkan aku meneroka kemanisan cinta untukMu..\
Aku hanya boleh berdoa Ya Allah..Perkenankanlah..
Jangan Kau uji aku dengan cinta adam lagi ya Allah..
Aku tidak mahu terperangkap lagi dengan janji manis lelaki..
Kuatkan lah hatiku..
Janganlah Kau bolak balikkan hatiku ini Ya Allah..


Aku tidak mahu berbicara mengenai jodoh..
Aku yakin takdirMu menentukan segala-galanya..
Pada saat dan ketika ini..
aku hanya meminta peliharalah hatiku untuk mencintaiMu
Tetapkan hatiku agar istiqomah melakukan kebaikan..
Jauhilah aku daripada melakukan maksiat..
Lindungi aku daripada rasa kekecewaan..

Ya Allah..
aku terima takdirMu atas perpisahan ini..
Satu kupohon..pelihara hatiku dalam mencari cintaMu..

#bicarasangda'ie#

KEKUATAN YANG KUIMPIKAN DARIMU YA ALLAH!!

TINTAKU UNTUKNYA:

"Saya menghormatinya setiap waktu. Saya mengaguminya tanpa rasa ragu. Dia tidak seperti orang lain yang saya tahu. Diri ini tak malu pula selalu menerima nasihat dari dia. Dia selalu ada sebagai penasihat saya (PA). Tak kira apapun yang berlaku. Walau hatinya terkilan dengan kisah yang berlalu disebabkan saya, kesabarannya wat saya kagum"
Tidak perlu saya sebut siapa dia. namanya biarlah rahsia. cukup dia tahu kata2 ni khas untuk dia.Saya tidak pasti insan itu baca bingkisan kata ini ataupun tidak.. .
Cuma saya mampu berdoa seperti yang dia minta. Tuhan tolong lindungi dia. Tolong makbulkan semua angan dan cita2 dia. Semoga bahagia untuk selamanya.


BANTU AKU MNEGGAPAI REDHAMU.
.KERNA CINTAMU YA ALLAH..
AKU REDHA AKAN "PERPISAHAN" INI..
KERNA CINTAKU KEPADAMU YA RABB 
AKU PASRAH ATAS "PERPISAHAN" INI..
ALHAMDULILLAH...

MENUJU JALAN KEREDHAAN ILLAHI..


SISTEM ZALIM MELAHIRKAN INDIVIDU YANG ZALIM





PDFPrintE-mail
Rabu, 11 Januari 2012 17:18
sahar gaulKABUL - Seorang gadis Afghanistan, Sahar Gul yang berusia 15 tahun dan didera selama beberapa bulan oleh mertuanya sebagai cara untuk memaksanya menjadi pelacur akan dihantar ke India untuk dirawat, kata seorang pegawai negara ini semalam.
Ibu mertua dan kakak ipar Sahar ditangkap dan suami gadis tersebut diburu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi.

Kes itu telah mengejutkan penduduk negara ini.


Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menyatakan sesiapa yang didapati menggunakan kekerasan terhadap Sahar akan dihukum.

Menurut beberapa pegawai di wilayah Baghlan, mertua Sahar mengurung dia di ruang bawah tanah selama enam bulan, mencabut kukunya dan menderanya dengan menggunakan seterika panas serta mematahkan jarinya.

Polis membebaskan Sahar pada minggu lalu.

Sahar dibebaskan selepas bapa saudaranya menghubungi polis.

"Ia merupakan satu tindakan ganas dan tidak dapat diterima pada abad ke-21," kata Sediq kepada pemberita.

"Kami berterima kasih kepada bapa saudara Sahar," tambahnya.

"Jika polis tidak tiba pada masa yang tepat, dia mungkin telah mati," kata Sediq.

Semua anggota badan Sahar mengalami kecederaan, tambahnya.

Menurut Sediq, terdapat tanda-tanda tubuhnya terbakar.

Dia berkata, mertua Sahar dan beberapa anggota keluarganya dilaporkan terlibat dalam apa yang dianggapnya sebagai aktiviti jenayah termasuk menjual minuman keras dan alkohol.

Sahar telah berkahwin tujuh bulan lalu.

Jurucakap polis wilayah Baghlan, Jawad Basharat menyatakan, waran tangkap telah dikeluarkan untuk menangkap suami Sahar.

Suami Sahar kini berkhidmat dengan tentera Afghanistan.

Menurut Jawad, mertua dan beberapa anggota keluarga Sahar cuba memaksanya terlibat dalam kancah pelacuran tetapi dia tidak bersetuju menyebabkan ia menjadi salah satu punca gadis tersebut dikurung. - Agensi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kezaliman yang dihasilkan oleh Kapitalisme melahirkan individu-individu zalim.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah pepatah melayu yang sesuai menggambarkan laporan berita di atas. Apakah yang terdaya dilakukan oleh seorang muslimah yang bergelar isteri untuk mempertahankan diri? Diseksa secara fizikal dan dipaksa untuk melacur adalah suatu pengalaman pahit yang tiada sesiapa pun sanggup membayangkan. Dimanakah tanggungjawab suaminya untuk melindungi muslimah tersebut? Apa yang berlaku itu sudah lebih daripada cukup untuk menggambarkan betapa sistem kehidupan manusia hari ini semakin rosak dan merosakkan. Kemuliaan seorang wanita yang wajib dilindungi oleh suami dan walinya seakan-akan tidak bermakna lagi dalam sistem kapitalisme. Sistem yang memberikan ruang untuk seseorang melakukan apa sahaja bagi meraih manfaat yang diingini.

Sistem kapitalisme inilah yang telah mencabut rasa malu kepada diri manusia untuk bebas melakukan apa sahaja termasuklah menyeksa kaum keluarga sendiri dan memaksanya menjadi pelacur! Sungguh keji apa yang telah mereka lakukan seolah-olah seperti orang yang kehilangan akal. Walhal manusia dipandang mulia tatkala menjadikan akalnya tunduk kepada peraturan hidup yang terdiri daripada perintah dan larangan penciptanya agar menjadi insan yang bertaqwa. Firman Allah: “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian” [TMQ al Hujurat (49):13]

Sabda Rasulullah SAW: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan orang-orang yang terbaik di antara kamu adalah yang terbaik kepada isteri-isterinya” [HR Tidmidzi]. Dari ‘Amr bin Ahwash r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda pada waktu haji wada’: “ Ingatlah( saya berwasiat kepada kamu agar berbuat baik pada kaum wanita, maka terimalah wasiat ini terhadap mereka) dan berbuat baiklah kepada kaum wanita, kerana sesungguhnya mereka pada sisi kalian bagaikan tawanan, dan kamu tidak memiliki dari mereka selain itu” [HR Tidmidzi].

Hadis ini dengan jelas menerangkan bagaimanakah bentuk pandangan seseorang suami terhadap isterinya. Sepertimana yang dijelaskan oleh hadis tersebut, isterinya bagaikan ‘seorang tawanan’ iaitu seorang yang bersifat lemah dan mesti patuh kepada perintah suaminya. Namun, dia berhak mendapat layanan yang baik, dikasihani, dibimbing, dilindungi dan diberikan haknya.

Wahai kaum Muslimin, sedarlah bahawa dengan sistem kapitalisme yang sedang diterapkan ke atas kita pada hari ini, derita wanita tiada penghujungnya. Justeru, agenda utama umat Islam pada ketika ini adalah perjuangan untuk menegakkan khilafah Islam dan syariat Islam dilaksanakan sepenuhnya seterusnya mengembalikan jaminan kepada hak wanita..

( PERKONGSIAN DARI SATU BLOG)


BERNIQAB ATAU TIDAK??


Mana Lebih Utama, Berniqab atau Tidak?


Memakai niqab atau purdah adalah suatu pakaian yang baik. Ianya istimewa.
Tidak memakai niqab atau purdah juga suatu pakaian yang baik. Ia juga istimewa.
Selagi kedua-duanya menutup aurat dan dipakai dengan rasa taqwa, pilihan untuk memakai atau tidak memakainya adalah suatu pilihan yang baik. Kedua-dua pilihan ini patut dimuliakan sebagai muslimah.


Mana yang patut dipilih? Pakai niqab atau tidak?
Jawapan bagi soalan ini bergantung kepada cabaran fitnah individu, tuntutan budaya, tempat, tuntutan hidup, tuntutan zaman, kemajuan segala bidang kehidupan, tingkat pendidikan wanita yang tinggi dan merata pada hampir semua wanita, perubahan umum dari diam kepada bergerak, dari duduk rumah kepada berkerja dalam pelbagai bidang, maka hukum boleh berubah sesuai dengan perubahan penyebabnya.
Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama dipilih, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi lebih utama dipilih.

Niqab menjadi utama dipilih oleh wanita cantik yang dekat dengan suasana fitnah, niqab itu tidak menyulitkannya dan tidak mengundang cacian serta perlekehan orang terhadapnya. (Khususnya dalam sebuah masyarakat yang memang membudayakan niqab). Tidak berniqab pula menjadi utama dipilih oleh wanita yang menekuni fiqh dakwah pada zaman ini.
Siapa yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang lain? Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fiqh keutamannya yang tersendiri. Sama-samalah menghormati sebuah pilihan. Kedua-duanya istimewa dan patut dimuliakan. Orang yang lebih bertaqwa itu pastinya lebih baik di sisi Allah SWT.


Antara 3 Kelompok


Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya berjudul Wanita Dalam Fiqih Al-Qaradhawi menulis, ada 3 kelompok besar yang berbicara tentang pakaian wanita iaitu:

1. Kelompok yang inginkan kebebasan mutlak bagi wanita dalam berpakaian.

2. Kelompok yang inginkan penutupan mutlak bagi wanita dalam berpakaian termasuk menutup muka dan tapak tangan.

3. Kelompok pertengahan yang menganggap Islam tidak mewajibkan model pakaian tertentu atau warna tertentu bagi pakaian wanita. Adapun model dan warna pakaian serta baju luar yang ada di sejumlah negara merupakan tradisi (adat) yang berlaku di sesuatu negara dan ini tentu berbeza dengan tradisi yang berlaku di negara lain. Apapun, Islam menetapkan sejumlah batasan dan sifat tertentu pada pakaian wanita Muslimah yang mesti dikenakan ketika keluar rumah. (Mustafa At-Thahan, hal.167).
Bolehnya Menampakkan Wajah


Boleh atau tidak boleh menampakkan wajah adalah soal khilaf. Apabila dinamakan khilaf, kedua-dua kelompok mempunyai hujah tersendiri yang wajar dihormati. Bagi meringkaskan perbincangan agar tidak memberatkan pembaca, berikut dinyatakan hujah kelompok yang membolehkan menampakkan wajah yang menjadi pilihan penulis. Pembaca berhak mempunyai pilihan yang berbeza daripada penulis selagi mana pilihan itu berdasarkan hujah.

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.”

Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman keemasan umat ini.
Terlalu banyak hujah yang dikemukakan oleh Al-Qaradhawi berkaitan hal ini. Antaranya ialah:


Dalil 1
Tafsiran majoriti para sahabat terhadap surah an-Nur ayat 31,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
Mereka mengecualikan muka dan tapak tangan. Antara mereka yang berpandangan demikan ialah Anas bin Malik, Ibnu Abbas, Aisyah, Said bin Jubair, Atha’, Qatadah, Musawwir bin Makhramah, Ibnu Juraij dan lain-lain. Imam At-Tabari, Ar-Razi, Baidhawi dan lain-lain menyokong pendapat Ibnu Abbas dan lain-lain.



Dalil 2


Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Al-Bani menilai hadis ini hasan dalam kitabnya, Hijab al-Mar’ah al-Muslimah,meskipun statusnya mursal dan perawinya dhaif. Ini kerana ada hadis penguat (hadis syahid) dari riwayat Asma’ binti Umais. Riwayat penguat lain ialah realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat, ramai wanita tidak berniqab.


Dalil 3


Pada waktu-waktu tertentu (bukan semua waktu), mengenakan penutup wajahdipandang aneh dan menimbulkan tanda tanya. Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Qais bin Syimas r.a. berkata, “Seorang wanita (yang dikenal sebagai Ummu Khalad) datang menemui Rasulullah. Dia datang dengan wajah tertutup. Dia bertanya perihal anaknya yang terbunuh. Beberapa orang sahabat berkata kepadanya,
“Saudari datang untuk bertanya dengan wajah tertutup?”
Ummu Khalad berkata,
“Walau anak saya terbunuh, tapi tidak dengan rasa malu saya.”
Jika memang penutup muka pada zaman itu sudah mentradisi lalu apa alasan perawi berkata sesuatu yang menunjukkan mereka hairan dengan penampilan Ummu Khalad. Jawapan Ummu Khalad menunjukkan alasannya menutup wajah adalah kerana rasa malu bukan kerana perintah Allah dan Rasul.
Kalau memang penutup wajah wajib secara syariat, tentu dia tak akan menjawab demikian dan sahabat tidak bertanya demikian, seakan bertanya,
“Kenapa kamu solat?”


Dalil 4


Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Aisyah, Rasulullah melarang wanita dalam ihram mengenakan penutup wajah. (HR Bukhari).
Jika wajah dan tapak tangan memang aurat, kenapa Rasulullah melarang menutupnya? Padahal, apa-apa yang dilarang ketika ihram seperti menggunakan pakaian berjahit,berburu dan memakai wangian pada asalnya boleh. Bagaimana boleh dikatakan yang wajib ketika ihram (membuka wajah), pada asalnya adalah haram pula?
Ulama sepakat bolehnya wanita membuka wajah ketika solat dan haji. Apakah mungkin syariat membenarkan terbukanya aurat ketika haji dan solat?


Dalil 5



Perintah kepada lelaki menundukkan pandangan dalam Surah an-Nur, ayat 30 dan dalam banyak hadis. Jika semua wanita menutup wajah, apa maknanya perintah ini?


Dalil 6


Perintah Allah dalam surah An-Nur, ayat 31, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya,” tentang menutup dada, bukan menutup wajah. Jika menutup wajah itu wajib,tentu Al-Quran mengatakannya dengan jelas sejelas ayat perintah menutup dada ini.


Dalil 7

Dalam Surah al-Ahzab, ayat 52, “meskipun kecantikannya menarik hatimu…”. Bagaimana mengetahui kecantikan seorang wanita jika wajahnya wajib ditutup?


Dalil 8


Satu kenyataan yang turut diakui oleh golongan yang mewajibkan niqab ialah wanita pada zaman awal Islam tidak seluruhnya menutup wajah, melainkan hanya beberapa orang sahaja dan pada waktu-waktu tertentu sahaja.


Apabila Lelaki Memandang Dengan Syahwat


As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”

Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”

Perintah menundukkan pandangan ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.
Namun, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?
Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”

Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja.
Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.


Membuka Wajah Suatu Keperluan dalam Komunikasi Berkesan

Wanita dan lelaki harus berkomunikasi dalam muamalat atau urusan-urusan hidup seperti berjual beli, kesaksian, wakil-mewakilkan dan sebagainya.
Ulama fikih sependapat wanita hendaklah membuka wajah ketika memberi keterangan di hadapan hakim, sehingga hakim,saksi dan lawan bicara mampu mengenalnya dan anak siapakah dia.


Fiqh Dakwah: Menjaga Dakwah Lebih Utama

Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”
“Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”


Jangan Bergaduh Soal Niqab


Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
“Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”


Pada Kesulitan Ada Kemudahan


Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan. Allah memberi keringanan dalam setiap kesulitan. Allah SWT berfirman,”Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).
Rasulullah bersabda, “Saya diutus dengan kelapangan dan toleransi beragama.” Hingga ulama kita memberi kaedah, kesulitan mendatangkan kemudahan.
Rasulullah memerintahkan kita mempermudah urusan bukan menyulitkan, memberi berita gembira bukan menakutkan.


Yang berniqab teruskan berniqab. Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mengikut contoh para sahabiah. Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat. Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik, tidak berpecah belah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.




Yang paling penting adalah iman dan taqwa ^_^

Tuesday, 27 November 2012

MERAH DARAH GAZA~


Merah darah Gaza
Mengalir  tanpa ihsan insani
Meragut bebas menyubur duka
Dan kini...
Islam berduka lagi  

Kita bahagia di sini
Mereka terseksa di sana
Beza adalah dua jiwa
Kita terlena mereka 'berdiri'

Semangat juang mereka kental
Redha dan syahid matlamat awal
Kita lesu dengan material
Berhala baru jadikan  khayal

Mereka berjuang penuh mara
Hingga jasad berpisah nyawa
Darah merah pekat membasahi bumi lahir mereka
Demi menjaga istimewa agama yang dinaung
Memelihara tanah tempat kiblat yang agung
Simbol kekuatan islam yang dijunjung



Kita kaku
Sorak sorai mendoakan
Menghantar bantuan
Tiba-tiba jadi prihatin
Membantu dan terus membantu
Namun jiwa kosong dengan perjuangan

Kita rakus membadai akhbar dengan tulisan makian
Kita ralit berkongsi kebencian dalam dinding ratapan
Kita sibuk cerita perihal mereka di sana yang ketakutan
Namun kita masih bukan seperti mana yang diharapkan

Mungkin sudah sampai seru
Kita perlu menjadi satu
Berhimpun atas nama Tuhan yang satu
Berpadu menjadi umat yang bersatu

Tinggalkan rasa sangsi
Jauhkan hasad dan dengki
Hindarkan sifat benci membenci
Buangkan dendam yang tersemat di hati
Moga Tuhan tunjukkan jalan hakiki

Usah lena dalam buaian angan
Jangan tidur dalam kelenaan
Sedangkan ratapan saudara kita masih kedengaran
Berpadulah kita atas satu kalimah yang sama
Nyahkan jiwa kotor yang mempalit dada
Kelak kemenangan milik kita akhirnya
Yakinah, janji Tuhan itu untuk kita !!
(prkongsian sajak dr blog iluv islam)

moga daulah khilafah dapat ditegakkan! nsib saudara kita mndpt pembelaan.. 
tidak lagi berendam air mata.
.tidak lagi dihujani jutaan bom sentiasa.
.tidak lagi maruah islam dinoda..
tiada lagi penghinaan..
tiada lagi kezaliman..
tiada lagi kekerasan..
maruah wanita dibela..
kami menantikan kedatangan daulah islamiyyah..
bersatu dalam satu khilafah..
al Quran dan islam mnjadi menjadi landasannya..
kita satu Aqidah, satu Qiblat.. satu ummah..satu KHILAFAh..!!



AlllahuAkbar!!!!!!!!



Monday, 26 November 2012

STRATEGI KUFUR MENGHALANG KHILAFAH

Print

PDFE-mail

STRATEGI KUFUR MENGHALANG KHILAFAH



Bagaimana usaha-usaha kufar barat dalam melabelkan pecahan dalam umat Islam dan mengkategorikan, untuk membandingkan yang mana bagus dari pandangannya, dan yang melampau juga dari pandangannya, sehingga berjaya membentuk pemikiran umat islam bersetuju serta mengikut telunjuknya.

Yang paling mengecewakan adalah apabila Pemimpin umat Islam itu sendiri yang menjadi ejen untuk melaksanakan agenda kufar mereka, dan bagaimana bersungguh-sungguhnya barat melaksanakan agenda tersebut dari setiap sudut, pada masa yang sama umat islam hanya memikirkan soal Ibadah ruhiyah semata-mata,

Jadi marilah kita sama-sama bangkit, dengan kebangkitan yang sebenar, yang akan membawa suatu perubahan yang hakiki, yang mana sehingga setiap umat islam dimuka bumi ini telah jelas dan faham tentang pentingnya menegakkan Institusi Khilafah yang akan menyinari serta menaungi seluruh alam ini dengan melaksanakan hukum syarak, sekaligus menghantar pasukannya untuk mengajar kebiadaban kufar barat .

Video memaparkan, Sheikh Khalid Yasin bekas paderi kristian di Amerika yang telah masuk islam, membongkar rahsia agenda barat dalam menghalang penyatuan untuk menegakkan Khilafah Islamiyah.








GAZA...KAMI MAHU BANTUAN KETENTERAAN!!!


MEMBANTU GAZA BUKANLAH DENGAN CARA MENYERU AGAR SEMUA PIHAK BERTENANG DAN MENGHANTAR PERWAKILAN UNTUK MENGUCAPKAN TAKZIAH KE ATAS PARA SYUHADA’….CARA YANG BENAR UNTUK MEMBANTU GAZA ADALAH DENGAN MENGHANTAR SEGEROMBOLAN TENTERA YANG AKAN MENGGONCANGKAN ENTITI YAHUDI PAGI DAN PETANG!!!
 
[SN328] Selama empat hari berturut-turut, Gaza telah diserang dan dibom oleh entiti Yahudi dari darat, laut dan udara. Puluhan orang syahid dan ratusan lain mengalami kecederaan.Para penguasa negeri kaum Muslimin pula, khususnya yang ‘mempunyai hubungan nasab yang amat rapat’ hanya sibuk menghitung jumlah para syuhada’ dan jumlah yang tercedera. Tampaknya mereka berlumba-lumba menyatakan penolakan dan pengingkaran terhadap serangan entiti Yahudi ini. Namun kita dapat perhatikan bahawa mereka hanya memprotes dengan seruan yang begitu lembut, bahkan tak lebih dari tong kosong sahaja! Menteri Luar Qatar, penaja entiti Yahudi di kawasan tersebut, ‘memperingatkan dan mengancam’ dariistana mewahnya bahawa serangan Yahudi, ‘tidak boleh berlalu begitu saja tanpa hukuman!’. Lalu mereka berkomunikasi antara satu sama lain, ‘berbincang’mengenai penderitaan yang terjadi di Gaza. Mereka menampakkan ‘kesedihan’ atas apa yang terjadi. Mereka saling berjanji untuk mengirimkan orang tengah bagi menenangkan suasana dan mengirim delegasi belasungkawa (takziah)… 

Namun, pengeboman ke atas Gaza terus berlangsung tatkala delegasi ada di depan mereka. Tidak pernah ada apa-apa tindakan yang konkrit dari para penguasa ini, malah mereka sejak sekian lama tetap berpeluk tubuh!!!! Bahkan, cara mereka memulakan hari mereka adalah dengan mengatakan, “Saya telah, sebentar tadiberkomunikasi dengan presiden Amerika, Obama dan kami telah berbincang mengenai betapa pentingnya serangan ini dihentikan agar ia tidak berulang lagi…”. Mereka memulakan hari mereka dengan berbincang bersama pelindung entiti Yahudi, Obama, sekitar pentingnya serangan ini dihentikan!!! Inilah yang mereka lakukan untuk mengawali hari mereka dan bukannya memulakan hari dengan melakukan solat Subuh dan menggerakkan pasukan tentera untuk membela darah warga Gaza yang ditumpahkan oleh tangan-tangan Yahudi!!
life with Khilafah..


Pepatah Arab ada mengatakan, “darah dibayar dengan darah dan kehancuran dibayar dengan kehancuran”. Namun apa yang dilakukan para penguasa ini bukanlah seperti apa yang disebutkan oleh pepatah, sebaliknyamereka memulakan hari mereka dengan berbual dengan Obama!!Lebih menyakitkan dan ironisnya, ketika mereka ditanya, “Kalau begitu apakah bezanyakamu dengan penguasa yang telah tumbang?Dahulu, mereka juga menarik duta besar mereka, menyatakan kritikan dan penolakan atas serangan dan berkomunikasi dengan Obama?”Mereka menjawab, “Ada bezanya! Kami melakukan semua ini dengan segera sedangkan penguasa yang telah tumbang dan para pendukungnya, melakukannya dengan lambat!”

Wahai kaum Muslimin!

Apa yang berlaku ini sungguh aneh - negeri kaum Muslimin dijajah dan diduduki danhal pembebasannya dibahaskan di mana semua penyelesaian dibincangkan KECUALI penyelesaian yang benar (tidak dibincangkan). Seluruh masyarakat dunia, terutamanya umat Islam telah disesatkan dari realiti sebenar masalah. Entiti Yahudi seolah-olah merupakan sebuah negara yang sah yang berdiri tegak di mana di sana terjadi masalahpersempadanan antara umat Islam dan kaum terlaknat itu. Bagi mengatasi masalah ini, penguasa kaum Muslimin mengikat perjanjian-perjanjian di Camp David atau diWadi Arabah atau di Doha atau di tempat-tempatlain, secara rahsia dan juga terang-terangan. Lalu merekaserukansupaya undang-undang antarabangsadihormati agar tidak terjadi peperangan di antara negara-negara. Kemudian mereka mencari orang tengah, baik dari dalam negeri, kawasan serantau atau antarabangsa untukmenyelesaikan hal ini dan mereka beranggapan bahawa merekatelah berhasil menjunjung tinggi kebenaran dan mereka beranggapan bahawa Allah melepaskan kaum Mukminin dari kewajiban untuk berperang…

Masalahnya tidak demikian wahai kaum Muslimin. Faktanya adalah bahawa Yahudi telah merampas Palestin, mengusir warga Palestin dan mendirikan negaranya di sana. Sesungguhnya negara Yahudi itu tidak akan lenyap dan Palestin tidak akan kembali kepada warganya, kecuali dengan sebuah pasukan tentera yang kuat, yang  beriman, yang menyahut perintah Allah ke atas orang-orang yang memerangi kita dan mengusir kita dari negeri kita,

“Dan perangilah mereka di mana sahaja kamu jumpai mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu” [TMQ al-Baqarah (2):191].

Hanya mereka yang jahil, yang telah Allah tutupi hati, pendengaran dan penglihatan mereka sahaja yang tidak dapat melihat penyelesaian ini. Adakah wujud penyelesaian lain untuk mengembalikan Palestin kepada warganya selain melenyapkan entiti yang merampasnya dan mengusirnya dari tempat di mana warga Palestin diusir??

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya musibah kita ini disebabkan oleh para penguasa kita dan kelompok yang mendukung mereka…Mereka menyebarkan anggapan di tengah-tengahumat bahawa kita tidak mampu memerangi Yahudi, kita tidak punya senjata seperti mereka dan tidak punya pendukung seperti mereka!

“Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta” [TMQ al-Kahfi (18):5].
Sebenarnya, kita (negara-negara kaum Muslimin) mengelilingi Yahudi dari segala arah. Senjata kita juga banyak…akan tetapi semua senjata ini tidak kelihatan ketika melawan Yahudi atau kaum kafir imperialis. Sebaliknya senjata ini hanya muncul ketika memerangi penduduk negeri-negeri kaum Muslimin sendiri…dan terhadap kumpulan bersenjata di Sinai yang mempersenjatai diri mereka untuk memerangi entiti Yahudi perampas Palestin. Senjata ini hanya muncul untuk memerangi manusia, pokok-pokok dan bebatuan di Syria. Kita melihat bermacam jenis senjata rejim zalim Syria yang belum pernah kita lihat sebelum ini digunakan ke atas penduduknya sendiri!! Senjata kita juga tampak dari jet pejuang Pakistan yang mengebom kaum Muslimin, sebagai bantuan untuk Amerika. Senjata kita hanya tampak dalam tindakan represif ke atas masyarakat di Sudan pada waktu di mana selatan Sudan dibiarkan…! 

Begitulah juga dalam perkara-perkara lainnya yang dilakukan oleh para penguasa tanpa rasa malu sedikit pun kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin.Sesungguhnya, atas apa yang diucapkan oleh para pendukung Yahudi, Allah adalah Pelindung kita dan mereka tidak punyai pelindung.

“Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah Pelindung orang-orang yang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai pelindung” [TMQ Muhammad (47):11]. 

Sesungguhnya para penguasa itulahyang merupakan pendukung utama entiti Yahudi. Mereka melindungi Yahudi dan menyesatkan umatmengenai‘kekuatan’ entiti ini, padahal seandainya dibuka ruang kepada pasukan kaum Muslimin untuk berjuang dengan benar dan ikhlas, nescaya mereka akan mendapati bahawa kekuatan entiti ini lebih rapuh dari sarang labah-labah…

Wahai kaum Muslimin!

Darah warga Gaza yang suci lagi bersih tidak akan dapat dibela oleh orang tengah yang ‘neutral’ yang mengunjungi Gaza untuk menenangkan suasana. Darah warga Gaza juga tidak akan dapat dibela oleh delegasi yang datang untuk mengucapkan belasungkawa dan pernyataan berapi-api dari raja, presiden dan amir yang tidak lebih merupakan tipu muslihat, walhal di sebalik pintu, mereka hanya tertawa!! Mereka tidak pernah menjadikan Yahudi sebagai musuh dengan serius, bahkan sama sekali tidak ada kesungguhan dari mereka…Mereka juga tidak mengambil orang-orang yang bijak-pandai dari umat ini untuk duduk di jawatan-jawatan penting. Mereka hanya mengambil orang-orang yang hatinya buta, yang hanya tahu berjabat tangan dengan penguasa ini dan itu dan yang hanya tahu mengucap takziah atas musibah yang mereka hadapi - padahal entiti Yahudi terus mengebom mereka tatkala delegasi takziah itu masih tetap ada di samping mereka…!

Sesungguhnya darah warga Gaza tidak akan dapat dibela dengan cara ini dan itu. Ia hanya boleh dibela dengan pasukan tentera yang bergerak dari Sinai, Sungai Jordan, selatan Lithani dan Golan; baik semuanya atau sebahagiannya, menghadapi entiti Yahudi. Darah warga Gaza hanya boleh dibela dengan pasukan tentera yang mengusung sumpah Abu Bakar ra yang (apabila bergerak) akan menyebabkan musuh lupa dari segalanya kecuali kemusnahan dan kematian. Beginilah wahai kaum Muslimin, bagaimana darah warga Palestin dahulu dibela dengan tangan-tangan tentera Salahuddin danAz-Zahir Baibars. Beginilah darah warga Palestin wajib dibela dengan tentera kaum Muslimin yang semangatnya membara untuk memerangi entiti Yahudi…Hanya dengan cara ini sahajalah darah warga Gaza yang suci dapat dibela, bukan dengan cara yang lain. Tidak seorang pun yang sihat akalnya akan mengatakan bahawa ada cara lain, kecuali dia sendiri termasuk dari kalangan orang yang buta mata dan fikiran, buta dunia dan buta akhirat.

“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)” [TMQ al-Isra’ (17):72].

Wahai tentera siddiqqin di dalam pasukan kaum Muslimin!

Tiadakahdi antara kalian orang yang cerdik-pandai yang dengannya para penguasa terpaksa memperlakukan Yahudi dengan perlakuan perang secara benardan ia menggerakkan pasukan tentera untuk mencabut entiti Yahudi ini…?

Tiadakah di antara kalian seorang yang teguh dan beriman yang dapat mematahkan tongkat para penguasa, sehingga ia menggerakkan kompeni dan batalion di dalam jihad yang dicintai Allah dan RasulNya untuk mencabut entiti perampas ini dari akar-akarnya? Tembakan senjata oleh batalion ini akan diikuti oleh tembakan dari batalion-batalion lain tanpa dapat dihentikan oleh para penguasa yang zalim dan jahat itu. Begitulah seharusnya keadaan orang-orang yang berlumba-lumba kepada kebaikan dan kemenangan.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”[TMQ Muhammad (47):7]. 

Tiadakah di antara kalian orang yang cerdas akalnya yang mahu menolong (agama) Allah, RasulNya dan hamba-hamba Allah yang berjuang untuk menegakkan al-Khilafah? Dengannya kalian akan mengembalikan sirah perjuangan kaum Ansar dan akan menyaksikan kemuliaan dunia dan akhirat. Allah akan memuliakan kalian dengan terealisasinya berita gembira dari Rasulullah SAW melalui penegakan kembali al-Khilafah di atasmanhaj kenabian melalui tangan-tangan kalian. Berita gembira Rasulullah SAW mengenai perang dan kemenangan kaum Muslimin ke atas Yahudi juga akan dapat direalisasikan. Dengan semua itu, kalian akan meraih kemuliaan dunia dan akhirat dan ini merupakan khabar gembira bagi seluruh kaum Muslimin.