![]() |
| Add caption |
"DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti yang masih menuntut di institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, awal pagi kelmarin. Menyedari bilik mereka didatangi tetamu tidak diundang kira-kira jam 1.50 pagi itu, teman lelakinya yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri.
Siasatan awal ke atas gadis terbabit mendapati, dia mendaftar masuk ke bilik hotel yang disewa dengan kadar RM50 itu kira-kira jam 5 petang selepas turun dari bas ekspres di tempat hentian bas berdekatan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apalagi yang hendak dikatakan dengan berita di atas? Terlalu kerap kita didedahkan dengan kes tangkap khalwat, zina, seks bebas, gejala buang bayi dan seribu satu macam perilaku mungkar yang berlaku di sekeliling kita. Sistem yang ada telah terbukti gagal untuk menyelesaikan pelbagai gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat khususnya kalangan remaja. Fakta di atas membuktikan bahawa sistem kapitalisme yang digunapakai pada hari ini hanya mencetak individu-individu terpelajar tetapi gagal membentuk sahsiah mereka.
Sistem yang ada bukan sahaja gagal membentuk sahsiah pelajar, ia juga menghukum dengan sistem penghukuman yang salah. Inilah hasil penerapan sistem yang berasaskan fahaman sekularisme. Sistem yang membiarkan seseorang itu bebas untuk melakukan apa sahaja demi meraih manfaat dan nikmat yang diingini. Besar kemungkinan jika pasangan di atas tidak dicekup, mereka akan meneruskan perbuatan keji tersebut. Di dalam kes-kes seperti ini, seringkali yang dipersalahkan adalah pelaku yang terlibat dan ia dianggap bukan masalah sistem.
Persoalannya adalah; apakah sistem ini benar-benar mampu mendorong masyarakat untuk melakukan perkara yang makruf dan mencegahnya dari perbuatan mungkar? Statistik gejala sosial yang diambil daripada laporan-laporan akhbar harian dan tabloid sudah memadai untuk kita menilai sistem yang sedang dilaksanakan pada hari ini.
Kapitalisme telah terbukti gagal dan akan terus gagal untuk menjadikan manusia itu sebagai manusia yang berakhlak. Islam sebagai suatu sistem yang sempurna telah menetapkan bahawa didikan harus dimulai dari awal lagi agar mereka menjauhi segala perkara yang boleh mendekati zina dengan firmanNya : “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk’ [TMQ al Isra (17):32].
Wahai seluruh umat Islam, bersegeralah berusaha untuk menghidupkan semula sistem kehidupan Islam. Suatu sistem kehidupan yang telah terbukti mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada manusia yang lain. Firman Allah “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al Maidah (5):50].

No comments:
Post a Comment