Tuesday, 31 December 2013

Jaulah ke Penang dan Perlis


Pejam celik pejam celik dah ada kat IPDA.
kejap je rasa nya masa berlalu..
sedih je rasa..
ibu dan ayah hantar ayu samapai je kat IPDA
kali ni sakan berjalan..
sebelum ke jitra pi round penang n perlis.
bertuah la badan merasa naik feri..wakaka
ari ni pi padang besar.
pertama kali rasanya dalam hidup shopping sakan macam ni..
maaf la ayah..anak2 ayah sume perempuan..hehe
pengajaran* ayah jgn bukak tawaran beli apa nak..silap2 semua kedai diborong sekali..haha sayanggg ayahhh ~~muahhh ~~



Bermusafir dengan keluarga membuatkan ayu sedar betapa bertuahnya ayu dipilih oleh Allah untuk merasa indahnya nikmat berkeluarga. 
bahagia dengan cara kami yang tersendiri ^_^

Kadang-kadang selalu terfikir.. pernahkah ayu bahagiakan mereka..
Terkesan dengan buku "Sebelum Aku Bernikah"  by Hilal Asyraf.
Satu pesanan yang ayu akan ingat sampai bila-bila.
Semua orang sibuk nak kahwin..
pernah tak terfikir saat itu..waktu itu..ketika itu..
berapa sahaja masa yang tinggal untuk kita habiskan masa dengan keluarga??
mungkin bagi yang pernah bersekolah di asrama, masa kebanyakan habis di sana. kemudian sambung belajar.
Mana masa dengan family??
kita kehilangan banyak masa dengan keluarga T_T masa bergurau, berjalan, bersembang..rugi sangat-sangat!!

Pesanku pada diri..
selagi ada masa..walau jauh tempat belajar kita..selagi mampu, rajin-rajinlah balik rumah. jenguk ibu ayah. jangan bagi alasan~
 kalau yang hendak berkahwin.
cuba bayangkan berapa banyak masa lagi yang tinggal untuk anda habiskan masa dengan ibu ayah. 
spent ur time with them!gembirakan hati mereka.. itu tanggungjawab kita. 
Kalau sebelum ini, hubungan kita tak berapa rapat dengan keluarga..cari jalan usaha rapat kan kembali. 
lakukan pengorbanan! 
kalau kita ikhlas berusaha insayaAllah kebahagian milik kita.
tak perlu nak buat benda2 yang mahal..
kadang-kadang, tolong kemas rumah, masak, menyakat,,
haa~~tu semua antara cara nak wujudkan kemesraan antara keluarga..


sweettnye ^_^ eh, mcm pengantin pulak..haha
Cuba bayangkan..
andai satu masa kita nak berumahtangga, mesti kita harap isteri/suami kita mesra dan rapat dengan ibu ayah kita..tetapi kalau hakikatnya kita sendiri pun tak rapat dan mesra dengan ibu ayah kita mana mungkin pasangan kita akan lakukannya
.Jarang sangat! bak kata orang putih.."what you give you get back" haha
So, point yang ayu nak tekankan..
nak bina rumah tapak mesti kukuh..
nak pokok subur baja mesti baik
nak berumahtangga asas mesti kukuh
asas ni termasuklah hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia terutama keluarga, ilmu, dan sebagainya. hablu minaAllah wa hablu minannas  >wahhh..boleh jadi   Dr Muhaya ni =P..haha<





sakan noh ..hehe

khusyuk =="

Thursday, 19 December 2013

choco pop

Ollaa~~
oppsss..assalamualaikm ^_^

hari ini salah satu impian ayu tercapai nak buat coklat sendiri..hehe
selalu tengok kat kedai2 macam cantik je..nak beli mahal.. T_T
rasa cam berbaloi pulak..
akhirnya, ayu  membuat coklat sndiri di rumah..
tq to my daddy ..muahhh~~
ayah teringin sangat kan nak tengok ayu wat coklat ni kat rumah..
jeng3.. siap pun!!
My choco pop!
sesuka hati bagi nama yek..



opss..comot! aishh~budak baru belajar..hikhik ^_^

tadaaaaa~~my choco pop!

testing2~ 


nyumm~~ macam cadbury..sapa2 nak tempah boleh la ye...
2 seringgit >versi upin ipin<
haha
untung taw kalau buat bisnes dengan coklat... pray for me ^_^
nak try buat cupcake pulak..

*alhamdulilah syukur dengan apa yg Allah kurniakan..
 Result meningkat dari sem lepas ^_^
tapi tak capai target yg ayu nak..
arab2~~
xpe ayu..sabar yep!
sem depan boleh usaha lagi..
not bad ur arab for this sem.
mungkin Allah nak uji dulu sebab nak ayu lagi usaha yg tebaik ^_^
yakin diri + think positive!!
Allah kan ada
^_^
S.O.R.O.F.................. Allah yusahhil 'alaina ~

Wednesday, 18 December 2013

Sodiq Mukhlis=kawan yang ikhlas..!

Manusia tidak pernah sempurna . 
Pasti ada melakukan kesalahan. 
Manusia tidak pernah puas. 
Pasti ada keinginannya yg perlu dipenuhi
Manusia sentiasa merasakan dia adalah benar. 
Sehingga lupa akan fitrah insan yang sentiasa berdamping dengan kesilapan.
Berubahlah!
Belajar terima kekurangan orang lain.
Jangan rasa kita sentiasa betul!
Jangan anggap kita sentiasa baik!
Kita lupa..
Aturan Allah seperti roda
sekejap atas sekejap bawah.
kita kata orang.
lupa ke?
Balasan Allah sentias ada.
Aku seperti kalian.
kesilapan sentiasa menemaniku..
Maafkanku..
hati ini satu..
tak dapat nak puaskan hati semua orang..

>asrarulqalbi<
*pesanku pada diri*
Moga Allah redha 

*********************************************************************************

Sodiq Mukhlis!
asiiif ya.. 
dalam menjaga hati, kadang2 tak sedar telah menyakiti
mungkin ada tersasul bahasa
terlanjur tindakan
maaf..
selalu menyusahkan..
jangan sedih!
Allah sentiasa ada bersama kita.
tinggal kita perlu bersabar 
mungkin ujian ini nak mendekatkan aku,kamu dan kalian dengan Allah
jangan dikesali segala kejadian.
Yakin Allah punya aturan menjadi sandaran..
jangan pernah kecewa..
Percaya yang Allah tak akan pernah menghampakan hamba-hambaNya.
jangan pernah resah
sebab..Allah sentiasa menyayangi kita
ujian itu salah satu cara Allah utuskan rasa cintaNya ^_^
bertuahkan kita yang terpilih ini?
sodiq mukhlis..kawan yang ikhlas..
keikhlasan itu dapat dirasa 
dari hati-hati yang ikhlas memahaminya.. 
sahabat yg ikhlas sentiasa ingin berpimpin tangan ke syurgaNya
menasihati bila terleka
memotivasi saat diri lemah
menghiburkan di kala kesedihan..
memahami ketika kedukaan..
memaafkan pabila terlanjur melakukan kesalahan..
siapa Sodiq Mukhlis?
aku?
Kamu?
atau..kalian?
yang pasti aku ingin jadi sepertinya..
syukrann 
 ^_^

Dimana ada cincin sentiasa ditemani dengan kilauannya..tak pernah terpisah(*er..ada kena mngenakah..hehe)
..syukrann   ^_^
moga sabar menghadapi segalanya..
sabar+yakin+percaya
Moga Allah redha



Wednesday, 4 December 2013

AKU, KAMU, DIA DAN BAHAGIA::??!




kamu bahagia?
aku bahagia ^_^
tapi kamu tidak kaya
apa kamu kaya kamu bahagia?
senyap.........

* kebahagian itu ada bagi orang yg tahu bersyukur..mungkin di celah2 kesedihan..barangkali berteman seukir senyuman..entah-entah di sebalik sebuah kepayahan, mungkin juga di tengah-tengah kemiskinan. 

kau faham bahagia?
tanya hati, iman, aqal..
kalau dunia tersemat kukuh dihatimu..
jangan mimpi rindukan akhirat
mana mungkin kau menggapai kebahagiaan abadi..
pesanku..
redha Illahi letak di hati (redha Allah pada redha kedua ibu bapa)
kau akan jumpa bahagia

jangan tanya tapi jom cari..!


cuti2 lumut::::
kebahagiaan itu bukan terletak pada kekayaan.orang kaya tak semestinya bahagia. kami bukan mereka. tapi kami bahagia..
bahagia dengan cara kami sendiri..
alhamdulilah
^_^

cuti2 lumut:::: luv u ibu ayah
 ^_^
thankz sebab ajar ayu n adik-adik nak cari bahagia..
hint:: redha Allah