Aku sering membaca mngenai sahabat..
"Sahabat dunia akhirat..
uhibbukifillah..
Sahabat cerminan dir..
sahabt macam Astro..macam2 ada.."
Pelbagai telahan tentang istilah sahabat..
aku terus tertanya ..
apa erti sahabat pada aku??
aku punya sahabatkah??
Aku tidak pasti..
apkah kesempurnaan yg aku cari telah membutakan mataku melihatkan kebaikanmu sahabat..
aku sangsi..
aku tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini..
Allah Maha Mengetahui..
Aku dah maafkan kau sahabat..
tetpi kenapa berat untuk aku kembali bermesra denganmu sahabat..
apakah kerna hatiku dibutakan dengan kegoanku sendiri?
apakah aku terlalu serik untuk bersahabat dnganmu..
"bersahabt kerana Allah"..
"cara aku melayan kalian sebagai sahabat nadalah tanggungjawab aku dengan Allah dan cara kalian melayan aku sebagai sahabat adalah tanggungjawab kalian dengan Allah"
ye..tu semua prinsip yg aku pegang selama ini..
tapi sekarang...?!!
aku xtaw ke mana semua prinsip itu hilang..
seolah-olah aku bukan diri aku..
Sahabat..
andai kau tahu luka dihatiku..
au tak kan pernah cuba untuk sakiti hatiku..
andai kau tahu betapa hati ini terlalu menyayangimu..
kau tak kan pernah mengasariku...
kau tak kan pernah tahu aku berusaha menjadi sahabat yg terbaik untukmu..
andai kau mngerti ukhwah fillah ku..
andai kau tahu betapa indahnya nilai ukhwah itu..'
andai kau tahu tingginya kemanisan berukhwah itu..
kita mesti tak macam ni..
Aku rindu persahabatan kita..
aku rindu gelak ketawa bukan wajah yg masam mencuka..
aku rindu senyum mesra bukan kata2 nista..
aku rindu semua itu..
Ya Tuhan, betapa aku menyayangi sahabat-sahabat aku..
Kau lindungi mereka dlm setiap lgkah mereka..
Kau rahmati mereka Ya Allah..
Permudahkan urusna mereka..
Ssungguhnya dan sejujurnya aku amat menyayangi mereka.. !!
Dunia yang kecewa,
pada hamparan bumi yang terlimpah khazanah harta,
mentulikan jiwa dari bersujud pada yang ESA
dunia yang kecewa,
pada hiasan langit yang terbentang bintang-bintang,
membutakan hati dari bersyukur pada DIA
insan,
dunia ini senda gurauan
usah kau peduli usah kau hiraukan
usah kau mimpi usah kau igaukan
Akhirat jua yang berkekalan
fitnah,
kau kotorkan dunia dengan sayapmu,
kau kembangkannya luas menutupi seluruh kalbu
hingga ada yang lesu, terleka akan permainanmu
harta,
kau hiasan paling indah, bagi hati yang gundah
kau anugerah paling menakutkan bagi jiwa yang bermujahadah
takhta,
impian jiwa besar, mahu menakhluk dunia,
mimpi ngeri bagi yang layak,
mimpi indah bagi yang tamak.
bukan dunia itu sedianya kotor,
namun manusia yang terlalu bijak ingin mengatur,
melawan sunnatullah yang maha mencatur
akhirnya terbakar manjadi obor,
akhirnya tertanam menjadi kubur..
bukan dunia ini harus dilawan
ia juga makhluk tuhan
namun hiasannya harus ditahan,
sebelum memenuhi hatimu dengan Wahan
dunia hanya persinggahan
tempat mencari bekal amalan
buat modal bertemu tuhan
agar bahagiamu itu akan berkekalan
zuhud,
pada persepsi jiwa yang prejudis,
tinggalkan dunia penuh tragis,
memutus silaturahim bertemankan sadis..
Salah!!
zuhud bukan begitu,
duniamu bukan musuhmu
musuhmu ada dalam hatimu
jika kau isikan hatimu dengan dunia,
nescaya apa yang kau anggap abadi hanyalah maya,
namun,
andai kau isikan hatimu dengan tuhan
nescaya hilang segenap keinginan
kerna cinta yang agung telah kau dapatkan..
adakah dunia terjun bersembunyi kedalam hatimu?
atau dikau sendiri yang meragut menyendatkan semuanya kedalam bersama nafsu?
lalu, siapa harus kau salahkan?
hatimu atau duniamu?
dirimu atau sekitarmu?
usah hatimu merajai dirimu,
usah duniamu, membutakan akhiratmu
usah nafsumu melesukan imanmu
susah senang bersama dunia,
ditimpa susah, bersabarlah...
dihidang senang, bersyukurlah..
terciptanya dunia untuk akhirat,
lahirnya akhirat untuk beringat...
CUKUPLAH UNTUK HARI INI