Friday, 24 January 2014

KITAB MUHIMMAH #1

Ayu nak berkongsi ilmu yang ayu dapat masa tazkirah  kitab Muhimmah..
kitab ini mengenai kelebihan dan terpujinya seorang isteri yang sanggup menunaikan tannggungjawab pada suami,memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka, tanggungjawab dan hak suami isteri, hak silaturahim sesama keluarga.

1) Kesimpulan pada tazkirah hari itu, ustaza cakap orang yang tak kahwin tidak dapat peluang sepertimana orang yang dah kahwin.
contohnya: peluang mencari nafkah untuk keluarga, peluang mentarbiah isteri, peluang berjemaah bersama isteri dan anak-anak..  
semua ini dapat pahala..mudahnya sangat nak menjemput pahala.

2) Suami yang bersabar dengan kehendak isteri dan anak-anak pahalanya sama dengan pahala kesabaran Nabi Ayyub . Nabi Ayyub kan diuji dengan penyakit. tapi ada keraguan terhadap hadis ni samada dhoif ke tak..

3) Yakinlah dengan kalam Allah, apabila sesuatu yang disuruh dalam Al-Quran maksudnya mesti manfaat bagi suruhan Allah itu besar.

4) Lelaki kena "halim" yakni lemah lembut kepada isteri, sabar sebab perempuan ini kurang aqal. bukan gila ye..hehe maksudnya. perempuan ada 1 je aqal 9 nafsu tak sama dengan lelaki yang ada 9 aqal..
Nasib baik kuasa talak bukan kat perempuan kalau tak mesti hari-hari laki kena cerai..haha 

5) Jangan jadikan isteri sebagai tempat pemuas nafsu saja. jadikanlah isteri sebagai teman berbual, berkongsi masalah, bergurau,sharing partner. 

6) Ayu tak ingat nama sheikh ni..tapi pesan dia..." sunah-sunah yang muktabar lelaki tak nak buat. Bila time nak poligami cakap sunah.kalau macam itu lupakanlah poligami! lebih baik perbanyakkan buat sunah2 yang lain puasa sunat, qiamullail, bersedekah .

best sangat isi dalam kitab muhimmah ni. senangnye nak menjemput pahala. dan senang jugak nak buat dosa.. apa-apa pun ikhlaskan niat kerana Allah ^_^



dia cakap cinta tak perlukan sebab..
Belajar untuk faham.
dia cakap terima seseorang seadanya..
hati lega.
dia cakap cukup sekadarku berusaha pelihara aurat dan akhlakku.
aku mengerti.
dia cakap perasaan itu dalam hati..
tempat yang paling simpan banyakkk rahsia.
sukar ditembusi besi..
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
ajaibkan hati?
hanya mampu  yakin akan ketentuan Illahi
berharap segalanya-galanya berpaksikan redha Allah
aku yakin..dan akan terus yakin .
moga kamu adalah "dia"
berpimpin tangan menuju jannahNya ^_^







Sunday, 19 January 2014

aduhai hutang =="

berhutang?orang pinjam duit?tak bayar?
semua itu normal..!.
ayu tak larat dah nak pendam sorang-sorang
ayu memang tak kisah orang nak pinjam duit.tak banyak sikit mesti ayu bagi.
yang ayu kisah bila pinjam tapi tak reti-reti nak bayar..
kalau time elaun masuk ok la..
ni time xdak elaun..bertimbang rasalah sikit.
ayu pun minttak duit ibu ayah.. T_T..teruk kann!!!!
ayu tak pandai dan x sampai hati nak mintak balik.
janganlah ambik kesempatan..sedih tau T_T
fine~xkisah kalau x bawak duit .guna duit ayu. tapi bayar balik~~
ayu bukan cam awak boleh mintak suka hati duit kat family.
tak kan tak dak rasa serba salah kut. 
bukan tak pernah ingatkan..tak kan la ayu nak paksa2 pulak!
ayu ni jenuh la duk membadget duit nak makan..grrr~~
ayu tau..mesti ibu ayah kata ayu boros selalu mintak duit.
ayu mintak maaf ibu ayah..
serius ayu cakap kebanyakan duit ayu kawan guna..
mula-mula kata nak share..last2 ayu sorang je yang bayar sume..
ayu dah lama pendam..dari dulu lagi..
ayu serba salah nak bagitaw ibu ayah perkara sebenar..ayu xpandai nak mintak balik~



prinsip ayu..kalau ayu tak suka "something" yang orang buat kat ayu insyaAllah ayu xkan buat orang lain cam tu!!
kalau ayu pinjam mesti ayu bayar balik!
kalau kata nak share buat cara betul2 nak share..
jagalah perasaan kawan..
jangan buat hutang tu main2..
elok2 kita dapat masuk syurga sebabkan hutang ditarik masuk neraka!!huhu na'uzubillah T_T

what should I do???
nak berterus terang dengan ibu ayah ke??
xtaw nak buat apa!!
huaarghhhhh~~ sedihnyer T_T

                                               

*ayu bukan macam anda2 sekalian..
bukan kedekut..
berharap tolong bertimbang rasa sementara xdapat elaun.. T_T
memang ayu halalkan kalau anda terlupa
tapi bukan sekali dah macam ni..dah banyak kali..
janji nak bayar tapi xdak pun..
anda x suka top up. 
tapi suka mintak top up kat ayu...
mula2 rm 1 tapi kalau dah banyak kali agak2 berapa la ye??huhu
x nak mengungkit..
maaf ye..
cuma ayu xlarat nak pendam da..
sedih sebab mesti ibu ayah sangka ayu boros T_T


                            

Wednesday, 15 January 2014

cinta sesungguhnya...

sedih.penat.serik.

perasaan..
senang dilafaz 
berapa ramai yang mampu memahami..
qalbi2..
kenapalah mudah sangat tersentuh..
kalaulah qalbi ini kebal..
kalau..
serik!



cinta..beginikah?pelik.sedih.serik.






Thursday, 9 January 2014

SELIT TAZKIRAH CAK CAK UKHWAH ^_^

assalamualaikum..
semangat berkobar-kobar nak jadi pegawai SPR kampus =P..

lumrah manusia...
memang suka puaskan hati sendiri..
tak salah..yang salah nak puaskan hati sendiri hingga menyakitkan hati orang lain..
faham...dan sangat faham!
manusia memang tak sama.
anda dengan cara anda..
saya dengan cara saya.
satu kena ingat!
hablu minaAllah hablu minannas..
dalam tak sedar terkejar-kejar dan menjaga hablu minAllah
kita terlalai dengan hablu minannas
hubungan manusia~
nampak kecil..tapi merupakan salah satu kunci membuka pintu keredhaan Allah
tak salah nak puaskan hati..buatlah apa yang anda mahu!
tapi..jangan buat apa yang Allah tak suka.
apa kata daripada nak puaskan hati dengan cara yang tak diredhai..kita muhasabah diri ^_^
kita fikir nak puaskan hati kita ..tapi hati sahabat-sahabat kita mungkin terluka~
jom rehatkan minda~saling memaafkan~think posit)

_______________________________________________________________________________

**selit-selit ukhwah!!
thankzzzz sangat2~ prank belated bfdayku yang x disangka-sangka..haha
nakal ye kawan-kawanku ni =P
lama tak gelak sakan macam ni,,
maaflahhh..
kan dah terkeluar ayat dari mulutku
 " aku tahu aku ada potensi tapi aku tak nak"
" aku tahu aku ada bakat tapi aku x nak"
er...macam berlagakk!!! 
sebenarnya x bermaksud nak cakap cam ni..tapi tadi dah geram sangat diprovok macam-macam..haha
alhamdulilah ^_^ semanis ukhwah ini kerana Allah Taala..



aku dan kamu berbeza!~
tapi yang pasti kita punya tujuan yang sama
berusaha menjadi hambaNya yang terbaik..
kita ada impian sama~
berharap untaian ukhwah jerana Allah ini berkekalan hingga ke syurga..
sungguhh!
aku mencintai kalian kerana Allah
^_^

Tuesday, 7 January 2014

Cerita hati ^_^

sibuk.penat!bru je masuk sem dah macam-macam kerja.
alhamdulilah~
secara rasmi JPP sudah dibubarkan.
ibarat menanggung seketul batu yang besar akhirnya dicampak ke laut..hehe
lega sangat!
baru cadang nak rehat tapi harapan terkubur.. T_T
Semakin diberi amanah semakin rasa diri ini tak layak.
gusar andai amanah ini tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Satu perkara yang ayu sedar..
sem ni lagi semangat nk belajar!!
walaupun arab sem ni susah..balaghah dan saraf~~
terbelit-belit lidah nak menghafalnya..
serius! memang semangat nak belajar..
alhamdulilah~
semuanya dari Allah melalui dorongan semua orang yang ayu sayang.. ^_^

pesan pada Qalbi..
tak perlu menjadi yang terbaik!
cukuplah baja-baja usaha yang kamu semaikan..
Allah tak menilai hasil tapi usaha!

pesan pada Qalbi..
ilmu ini  milik Allah..
tak perlu sedih dengan kepandaian orang lain..
Allah tahu apa yang terbaik untukmu..
Kelebihan manusia tak sama..

pesan pada Qalbi..
kamu rasa kamu biasa
orang lain menganggap kamu luar biasa..
nampak tak aturan Allah..

pesan lagi pada Qalbi..
burulah redhaNya seikhlas hati
insyaAllah Allah akan pertemukan kamu dengan orang yang sama mencari redhanya..

pesan pada Qalbi..
yakin janji Allah itu pasti!
Cukup mendoakannya..
Pasti Allah menjaganya..
malah lebih baik dari apa yang kamu harapkan.

psss..
ehem2~
jangan malas belajar!
semangat taw!!
nak cari ilmu mana ada yang senang.
tips~belajar cintakan subjek itu..insyaAllah subek itu akan mencintai kita balik..hehe

~asrarul Qalbi~



                                                            hiburkan hati.. ingat Allah ^_^

Wednesday, 1 January 2014

LIFE AS A JPP~

















JPP
bukan satu pilihan
tapi tindakan!
tanggungjawab yang penuh dengan tuntutan untuk dilaksanakan
sedar tak sedar 2 tahun sudah berkecimpung dalam delegasi kepimpinan JPP
malam ini mengunkap pelbagai rasa di hati
sedih!
gembira!
semuanya bercampur baur..
cukup membuatkan hati ini merindui pahit manis perjuangan
pembubaran JPP secara tak rasmi pada malam ini membuatkan seakan-akan diriku bermimpi
ya!
Satu bebanan yang berat telah diri ini lepaskan
pada ketika ini..terselit satu perasaan..
Rindu!
rindu melihat gelak tawa, penat lelah, luahan perasaan, sikap tidak puas hati kalian..
Semuanya bakal tinggal kenangan..
Terima kasih!
Terima kasih kerana sudi menjadi warna-warna indah yang sudi dilakarkan dalam kanvas kehidupanku..
siapa aku?
inilah aku..
siapa anda?
itulah anda..
kelemahanku kelebihan kalian
kemampuan kalian kekuranganku..
kita hebat kan?
saling melengkapi!!
secukup rasa secukup manis~~
Diri ini menghargai erti kerjasama kalian ^_^
moga segala usaha kita ini menjadi bekal di akhirat sana..
moga rakan-rakan jpp yang ingin meneruskan gelanggang delegasi kepimpinan sukses selalu..

*mahabbah fillah 

~asrarul qalbi~