Saturday, 18 October 2014

hujan


hujan.
lebat sangat.
kosong.tak nampak apa-apa.
seolah-olah memahami bahasa hatiku.
makin lama makin lebat.
tapi...
hujan itu tak selebat hujan di hatiku.
senyum.
terus melangkah ke depan.
jangan toleh.
sekali aku toleh.
aku tak mungkin yang dulu.

jalan yang terbaik?
mungkin.
aku cuba memahami.
walau hati sekeras mungkin menafikan.
diam.
mungkin itu yang terbaik.
sekali aku berkata.
mustahil air mata ini tak menitis.
kuat.
walau aku tahu kudratku tidak mampu.

pasrah. 
itu yang akan aku lakukan.
pengakhiran ini?
untuk masa yang panjang.
aku sendiri tidak pasti.
sabar.
yakin.
dan terus percaya.
sampai bila?
jangan pernah tanya.
aku tiada jawapan.





boleh x nak sembunyi macam ni? s.m.i.l.e



p.a.s.r.a.h untuk masa yang panjang. 




                                    

Tuesday, 14 October 2014

W.a.n.g.i

I miss my blog..hikhik
assalamualaikum..
tak tau mimpi apa nak karang blog waktu  ni sedangkan lasttttttt esaimen for this sem tak siap lagi..

W.A.N.G.I
hahahahaha
topik yang merepek kut?
tapi..its up to me nak luah apa-apa la kan..
lumrah manusia, mana ada yang suka bau busuk..ayu suka bau wangi.kalau boleh semua nak wangi..baju, bilik, kete, badan..haa..tu memang la kan. tapi perempuan kan tak boleh wangi berlebihan .cukuplah sekadar memastikan badan tidak berbau sahaja sehingga menyusahkan orang lain.

Bau badan...
grrr....pernah x kita check diri kita sebelum keluar rumah..sebelum pi kelas badan kita berbau tak? atau pakaian kita busuk tak?
Kesian dekat orang sekeliling kita yang terpaksa berpura-pura tak hidu bau yang kurang menyenangkan dari kita..huarghhhhh 
nak tegur takut terasa..hmmmm..
kadang-kadang badan kita tak berbau tetapi pakaian kita yang ada bau yang kurang menyenangkan.
Contohnya, rendam baju lama2.. bertahun2..baru nak sidai..haaaa..tu konfemmm bau semacam je..
Well..kita kan da besar..benda simple macam ni, plizz la jaga..
 even kita tak suka pakai sebarang perfuem, pakailah apa2 pun asalkan badan kita tak menghasilkan bau yang menyusahkan orang lain untuk mendekati kita..
kesian tau kat kawan2..
 sendiri tahu la bau badan masing2..
baju tu kalau dah rasa berbau pi la basuh..susah apa..aishhh



cuba la pakai deodorant or apa2 je la..




                           
kalau susah sangat nak pakai..nahhhh guna niiii...kihkih 

konfemmm xdak bau...kihkih







Sunday, 5 October 2014

nukilan hati



kalau tak mampu mencinta , jangan pernah sentuh hati seseorang,
 
 kalau tak mampu setia ,jangan pernah mengukir janji ,
 
kalau tak mampu menggenggam hubungan , jangan pernah beri harapan 
 
~> kerna hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti,
 
terlalu mahal untuk disia-siakan ,
 
dan terlalu berharga untuk dihancurkan.
 
 
 
kalaulah hati ini semudah itu untuk disembuhkan...menghargai hati sebelum memiliki adalah biasa.menghargai hati selepas dimiliki adalah luar biasa..         

Pesan pada DIRI.. 
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..

Pada insan yang tak mengerti.. 
 
Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. 
 
Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..
 
Pesan lagi pada diri, 
 
hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu
 
 menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI
 
 
 
kalaulah engkau fahami....HATI ini bukan untuk disakiti..='(
 

Monday, 21 April 2014

boleh tak??

hati..kuatlahh!!
boleh tak berpra-pura kau tak dengar apa-apa
boleh tak kau senyummm 
boleh tak anggap kau tak tahu apa-apa
boleh  tak ? boleh x??!!!


kalau retakk... sob3


ok..
nangis...
hujan itu..
fahami aku..
tangisan..
sehebat lebatnya..
cukup..
alasan demi alasan..
"sunyi"
ok..
mungkin qalbi boleh buat benda yang sama..
cukup istilah "sunyi"


"jarak"
faham betul-betul..
bukan saja-saja
jaga hubungan..!
inisiatif qalbi..
xfaham lagi..
ok..bye!


 penat..
sungguh kali ini penat..
"sabar"
.......
"yakin"
 ok.
"percaya"
fuhhh..
cukupp!!

tolong faham! "sunyi".. xmaw cakap!
 
 
 soal qalbi.. kenapa perlu perkataan "sunyi"???!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
speechless.
berpura-pura menyukai the word "sunyi"
tq

#tq chipmunks#youhadabadday#

Thursday, 27 March 2014

senyum dan bertahanlah

Bila rasa sedih..
Selalu nak dengar lagu yang happy atau cute2 ^_^
 ayu..sedih ke?? err...


 


Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to gray
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on
You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee you go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces every time
And I don't need no carryin' on
Because you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down
And you really don't mind
You had a bad day
Oh you had a bad day
Will you need a blue sky holiday?
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on
You had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down
And you really don't mind
You had a bad day
Ooh, a holiday
Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong
So where is the passion
When you need it the most?
Oh you and I
You kick up the leaves and the magic is lost
Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
You've seen what you like
And how does it feel for one more time?
You had a bad day
You had a bad day



Teringin nak macam dulu..
 T_T
belajar menghargai apa yang dimiliki..
Jangan menyesal jika suatu hari kita kehilangannya.
Bila dah kehilangan baru sedar yang dia amat bermakna bagi kita..

#SirruQalbi#MH370#Penat#

hati..rapuhnya!!hilang... (s*b*r+y*kin+perc*y*)..sob3 huruf "A" dah xdek...T_T



senyum di wajah tak dapat menggambarkan rasa di hati ..


*bertahanlah semampu mungkin..
sampai bila..??
sabarlah ayu..

Sunday, 23 March 2014

mcam-macam cerita ^_^

wahhhh..leganya dah habis SBE..
tapi sedih nak tinggalkan sekolah..eh, sekolah ke warga sekolah??ehem3.. hehe
syukran buat semua warga SK bandar Tun Hussein Onn 2..!!
guru-guru j-Qaf memang tebaik..banyak bantu memberi maklumat mengenai esaimen ayu dan banyak bagi kerjasama...
Sedih+terharu...sob3 T_T

Seminggu di Cheras.....macam-macam yang jadi..haha semuanya pengalaman


steamboat time ^_^


* pertama kali drive kat bandar selangor tanpa orang dewasa..kuang3..
ni kalau ayu cerita kat ibu ayah awai2 lagi dah kena bommm.. =P
ayu nak cerita pengajaran yang ayu dapat..
masa nak cari jalan balik ke cheras ayu guna GPS hanphone.. memang waktu tu  batery low sgt3.. tgai 10% je.. sggah solat maghrib, tak dek plug pulak da..
memang tawakal sangat3 waktu tu.. dekat 7 n 8 kali u turn  tak taw la pi jalan kut mne...
tgai 2% je.
memang Allah nak tolong 2% tu tahan selama sejam lebih sampai ayu jumpa jalan balik cheras..Memang subhanaAllah la !syukur sangat2 .
Ayu nak cakap, kalau kita sungguh2 yakin dengan Allah, insyaAllah urusan kita dipermudahkan. yang penting kena baik sangka dengan Allah.. sentiasa yakin dan fikir positif setiap ujian yang Allah bagi tu mesti ada hikmahnya!! Allah nak uji ayu je.. mungkin sebaliknya Allah nak bagi pengalaman kat ayu.




* jumpa anak-anak murid yang memang awesome!!
seminggu di sekolah memang banyak bagi ayu pengalaman! rakan SBE maktab lain cakap" awat rajin sangat kehulu kehilir? bosan taw tak..tak taw nak buat apa kat sekolah ni.." ni bukan soal rajin ke tak..nama lagi " pengalaman  berasaskan sekolah". ini lah masa ayu nak cari pengalaman. fahami environment kat sekolah. Sekolah ni ada 11 kelas. murid dekat 2 ribu lebih.. ayu paling rapat dengan kelas 6 Zuhrah.. kelas yang nak dekat akhir. tapi ayu kagum dengan murid-murid ni.. pandai hormat cikgu walaupun bukan kelas pertama. Hari terakhir siap bagi kad ucapan n nyanyi lagu untuk ayu n ika ( kwan SBE).. terharu + malu la pulak...haha sedih nak tggai depe..sob3.. bye2 anak-anak muridku.. lepas dekati murid0murid ni, ayu faham perasaan depe.. depe bukan tak pandai tapi munkin kurang motivasi n kurang keyakinan diri. Mungkin cara pendekatan murid-murid ni berbeza dengan murid- murid yang pandai..ayu dulu pun nakal..haha so, faham apa yang mereka rasa..




             comei budak-budak nii..nak adik lki..huarghhh~~ *kmbar yg cutee..









































































 >>aish..cikgu ayu tak boleh pilih kasih nah!!<<



* pengalaman yang satu ni lagi istimewa..pengalaman menyusahkan "someone" datang amik ayu kat Cheras...hik hik  syukran ye bagi tumpang  ^_^
sori la ye kalau ada tingkah laku yang tak kena, mulut ter"over" berkata-kata..mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...cam hari rye pulak.. =P 

sori ye susa2 kan.. ^_^


*selit2 bahagia..

~muka excited naik train...hakhak


cikgu ayu+cikgu ika...SKBTHO 2..




~ cerita semalam..
























Wednesday, 5 March 2014

bila tiba..

"Bayangkan jika tiada satu rakaat pun solat kita yang Allah terima"
bukkk!tersentap.
takut memikirkan kata-kata usazah jemputan di masjid semalam
Terbayang-bayang di layar minda keperitan menahan seksaan di padang masyar .
Menangis air mata darah sekalipun tidak dapat menyelamatkan diri dari hukumannya..
Berbahagialah insan yang menerima kitab amalan di tangan kanannya.

tatkala munkar dan nakir menyoal..apa persedian untuk menjawabnya??
nauzubillah..sedihnya hati jika kita dihadapkan di hadapan Allah dan di khabarkan kepada kita..
wahai si fulan bin si fulan, tiada satu rakaat dari solatmu yang aku terima...



Ya Rahman..
 hati ini telah lalai dalam mencari redhaMu
kaki ini hampir tersungkur berlari menagih keampunanMu
Hati ini hampir rapuh mengejar cintaMu..
Kurniakan aku keimanan yang benar-benar mantap
jangan lelahkan aku dalam mencari cintaMu..
Aku sedar ya Allah..
Mustahil ada dua cinta dalam satu Qalbi..
Semuanya yang aku ada milikMu ya Allah..
Andai satu dunia menghinakanku..
janganlah kau hinakan aku ya Rahim..
Tsabitkan hatiku atas jalan dakwah Mu..
tunjukkan aku kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan!
jangan kau tunjukkan aku kebatilan sebagai kebenaran..
Sesungguhnya Kau jualah Maha Mengetahui..
Sungguh aku mengerti..
kematian itu PASTI!

*andai belum tiba masanya..pergilah
redha Allah matlamatku
mana mungkin cinta membawa ke neraka..
maaf..
kejar cinta Allah, nescaya aku pasti bersamamu..
tanya hati,,
Di mana Allah di hatimu?
jangan sedih dan kecewa..
yakin+sabar+percaya
sebelum tiba waktunya..
pergilah persiapkan diri.
mana mungkin mahu membina mahligai yang rapuh tiangnya..
jangan risau.. aku yakin Allah akan menjagamu lebih baik dari yg aku harapkan..
kalau mulanya hubungan kita kerana Allah insyaAllah pengakhirannya juga Allah
bukan aku matlamatmu.. betulkan niat..
maafkan diri ini..
>muhasabah untuk aku, kamu, dia dan meraka<
moga Allah redha
 
 
 
 


Thursday, 13 February 2014

BICARA CINTA HINGGA KE SYURGA..


assalamualaikum..
Baru-baru ni ada pergi ceramah "bicara cinta hingga ke syurga" perkongsian ustaz ridhauddin dan senior IPDA yang baru je sem 7 tapi baru berkahwin . Ditambah dengan host ustaz hafedz yang memang terbaikk ^_^..

Semangat tahap maksimum la nak pi ceramah ni..hehe
Nak cinta sampai ke syurga mestilah ada endingnya. Analogi yang dapat ayu buat.. setiap ayat pengakhirannya mesti titik untuk menandakan ayat itu dah abis. Setiap doa pengakhirannya mestilah "aaminn" menandakan doa itu dah habis disamping bermohon kepada Allah untuk perkenankan. Begitulah juga cinta yang mahu hingga ke syurga endingnya ialah perkahwinan. 

The impact of love memang besar.. 
" CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!   "
(filem ketika cinta bertasbih..>>kata-kata ini ustaz bacakan sewaktu ceramah>> 

Sanggupkah awak jadi suami kedua saya???
ucapan yang macam tak waras..tapi bagi insan yang sedar akan hakikat cinta  akan meletakkan cinta Allah dan rasul sebagai cinta pertama bukannya cinta manusia. cinta manusia hanyalah alat untuk kita mendapatkan cinta Allah.. cinta Allah begitu takjub dan luar biasa kuasaNya. Menyedari hakikat diri ini... tanya hati? dimana cinta Allah dan rasul kita letakkan? =(

Isteri menjadi medium untuk sampai cinta Allah dan rasul.! Sayu bila mendengar kata-kata ini. Banyaknya kekurangan diri ayu . ayu yakin! mesti ramai muslimah yang mendengar kata-kata ustaz ini akan berasa sayu jika mereka mengahyati kata-kata tadi.. jangan rasa diri hebat. besarnya tanggungjawab isteri..perbaikilah diri sementara punya waktu untuk kita bersama-sama menjadi medium menuju JannahNya..

Pesan pada hati..

 " SABARLAH BILA SAMPAI WAKTUNYA..
   SEBELUM WAKTUNYA....SABARLAH!!"









Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta.
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya.
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.
mata ada pasangannya..
telinga pun ada pasangannya..
kaki, tangan semuanya ada pasangan..
hati?
ada satu je..
sebab.. akan bersatu dua hati yang saling mengasihi kerana Allah
sabar+yakin+percaya
 ^_^






*pstttt....ayu mintak maaff  =(

Friday, 24 January 2014

KITAB MUHIMMAH #1

Ayu nak berkongsi ilmu yang ayu dapat masa tazkirah  kitab Muhimmah..
kitab ini mengenai kelebihan dan terpujinya seorang isteri yang sanggup menunaikan tannggungjawab pada suami,memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka, tanggungjawab dan hak suami isteri, hak silaturahim sesama keluarga.

1) Kesimpulan pada tazkirah hari itu, ustaza cakap orang yang tak kahwin tidak dapat peluang sepertimana orang yang dah kahwin.
contohnya: peluang mencari nafkah untuk keluarga, peluang mentarbiah isteri, peluang berjemaah bersama isteri dan anak-anak..  
semua ini dapat pahala..mudahnya sangat nak menjemput pahala.

2) Suami yang bersabar dengan kehendak isteri dan anak-anak pahalanya sama dengan pahala kesabaran Nabi Ayyub . Nabi Ayyub kan diuji dengan penyakit. tapi ada keraguan terhadap hadis ni samada dhoif ke tak..

3) Yakinlah dengan kalam Allah, apabila sesuatu yang disuruh dalam Al-Quran maksudnya mesti manfaat bagi suruhan Allah itu besar.

4) Lelaki kena "halim" yakni lemah lembut kepada isteri, sabar sebab perempuan ini kurang aqal. bukan gila ye..hehe maksudnya. perempuan ada 1 je aqal 9 nafsu tak sama dengan lelaki yang ada 9 aqal..
Nasib baik kuasa talak bukan kat perempuan kalau tak mesti hari-hari laki kena cerai..haha 

5) Jangan jadikan isteri sebagai tempat pemuas nafsu saja. jadikanlah isteri sebagai teman berbual, berkongsi masalah, bergurau,sharing partner. 

6) Ayu tak ingat nama sheikh ni..tapi pesan dia..." sunah-sunah yang muktabar lelaki tak nak buat. Bila time nak poligami cakap sunah.kalau macam itu lupakanlah poligami! lebih baik perbanyakkan buat sunah2 yang lain puasa sunat, qiamullail, bersedekah .

best sangat isi dalam kitab muhimmah ni. senangnye nak menjemput pahala. dan senang jugak nak buat dosa.. apa-apa pun ikhlaskan niat kerana Allah ^_^



dia cakap cinta tak perlukan sebab..
Belajar untuk faham.
dia cakap terima seseorang seadanya..
hati lega.
dia cakap cukup sekadarku berusaha pelihara aurat dan akhlakku.
aku mengerti.
dia cakap perasaan itu dalam hati..
tempat yang paling simpan banyakkk rahsia.
sukar ditembusi besi..
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
ajaibkan hati?
hanya mampu  yakin akan ketentuan Illahi
berharap segalanya-galanya berpaksikan redha Allah
aku yakin..dan akan terus yakin .
moga kamu adalah "dia"
berpimpin tangan menuju jannahNya ^_^







Sunday, 19 January 2014

aduhai hutang =="

berhutang?orang pinjam duit?tak bayar?
semua itu normal..!.
ayu tak larat dah nak pendam sorang-sorang
ayu memang tak kisah orang nak pinjam duit.tak banyak sikit mesti ayu bagi.
yang ayu kisah bila pinjam tapi tak reti-reti nak bayar..
kalau time elaun masuk ok la..
ni time xdak elaun..bertimbang rasalah sikit.
ayu pun minttak duit ibu ayah.. T_T..teruk kann!!!!
ayu tak pandai dan x sampai hati nak mintak balik.
janganlah ambik kesempatan..sedih tau T_T
fine~xkisah kalau x bawak duit .guna duit ayu. tapi bayar balik~~
ayu bukan cam awak boleh mintak suka hati duit kat family.
tak kan tak dak rasa serba salah kut. 
bukan tak pernah ingatkan..tak kan la ayu nak paksa2 pulak!
ayu ni jenuh la duk membadget duit nak makan..grrr~~
ayu tau..mesti ibu ayah kata ayu boros selalu mintak duit.
ayu mintak maaf ibu ayah..
serius ayu cakap kebanyakan duit ayu kawan guna..
mula-mula kata nak share..last2 ayu sorang je yang bayar sume..
ayu dah lama pendam..dari dulu lagi..
ayu serba salah nak bagitaw ibu ayah perkara sebenar..ayu xpandai nak mintak balik~



prinsip ayu..kalau ayu tak suka "something" yang orang buat kat ayu insyaAllah ayu xkan buat orang lain cam tu!!
kalau ayu pinjam mesti ayu bayar balik!
kalau kata nak share buat cara betul2 nak share..
jagalah perasaan kawan..
jangan buat hutang tu main2..
elok2 kita dapat masuk syurga sebabkan hutang ditarik masuk neraka!!huhu na'uzubillah T_T

what should I do???
nak berterus terang dengan ibu ayah ke??
xtaw nak buat apa!!
huaarghhhhh~~ sedihnyer T_T

                                               

*ayu bukan macam anda2 sekalian..
bukan kedekut..
berharap tolong bertimbang rasa sementara xdapat elaun.. T_T
memang ayu halalkan kalau anda terlupa
tapi bukan sekali dah macam ni..dah banyak kali..
janji nak bayar tapi xdak pun..
anda x suka top up. 
tapi suka mintak top up kat ayu...
mula2 rm 1 tapi kalau dah banyak kali agak2 berapa la ye??huhu
x nak mengungkit..
maaf ye..
cuma ayu xlarat nak pendam da..
sedih sebab mesti ibu ayah sangka ayu boros T_T