Thursday, 27 December 2012

Mari belajar bahasa syurga ! ♥ :')



1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22.jazakumullahu khairan-Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal.
23. مَا شَاءَ الله تَباَرَكَ الله
24.tasharafna-saya gembira berjumpa kamu
25.ana farhan bimuqabaltikum-saya gembira bertemu dengan kamu / kamu semua
26.tafaDDal mashkura-Dengan segala hormat dipersilakan
27.La ba’ sa-Tidak mengapa
28.Ta’al huna-Mari ke sini
29. Ana Nasit- saya lupa
30.Raddid marratan ukhra-Ulang sekali lagi
31.Bi sur ’ah- cepat
32. Ana syab ‘an- sya kenyang
33. Fi amanillah-Semoga dalam keamanan
34. Maza tash ‘ur-Apa yang awak rasa
35. Ahtaju ilaihi jidaan-Saya sangat memerlukannya
36.Ana musytaqun ilaik- saya rindukan awak




Saturday, 22 December 2012

MENJADI DIRIKU

tq to my bestfrind coz introduced me wit dis song..DIS IS ME!! <3





Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Back to *)

Album : 
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com




DAKWAH ITU CINTA...AKU PENCINTAMU!



{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。

Tarikh 1 /januari 2013 bermulalah perjuanganku dalam bertatih meneruskan langkahku dalam mendidik diri bukan semata-mata menjadi seorang yang bergelar guru malahan menjadi seorang murobbi dan da'ie kepada anak didikku nanti. 2013 merupakan tahun pertama ijazahku.azamku satu..BELAJAR BERSUNGGUH_SUNGGUH! Jika dulu aku banyak terleka 2013 tidak lagi. Kupasakkan impian nan satu..Diri ini tidak boleh main dan leka lagi.! Jangan buang masa. Cuti semester ini banyak mengajar aku dan memberikan ruang untukku bermuhasabah diri.Terima kasih Ya Allah ^_^... Aku tahu tujuan hidup aku yang sebenar. Aku bersyukur ditautkan hati dalam ikatan-ikatan usrah. Aku rindu mendengar kalam-kalam nasihat untukku. Aku rinu kalam-kalam yang banyak mentarbiahku. Syukran jazilan kepada mursyidahku(guruku) yang banyak membimbingku dan memberi pelbagai kalam yang penuh hikmah. Aku gembira bertemu dengan  rakan-rakan seusrahku. Walaupun umur kami berbeza, aku dapat merasakan kehangatan kasih sayang dan betapa menisnya ukhwah ini walaupun sebentar. 

Walaupun bilangan ahli usrahku kecil tetapi aku kagum akan semangat mereka dalam menjadi seorang da'ie. Tidak gentar dengan cacian. Aku kagum! Dengan ini, aku berazam untuk menjadi seperti mereka. Aku tekad! Sibuk macam mana sekalipun, aku kena ada masa dengan dakawah. Aku kena pandai bahagikan masa untuk pelajaranku dan masa untuk dakwah.



Menyeru manusia di jalan Allah adalah tugas yang paling penting bagi semua rasul (semoga Allah merahmati mereka semua). Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t memerintahkan Rasullullah s.a.w dengan firmanNya :

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik".(Yusuf:108)


Dakwah adalah tanggungjawab semua. Aku bersyukur kerna diberi kesedaran ini. Tetapi aku taknak sedar sorang-sorang. Aku nak sahabat-sahabat yang aku sayangi turut bersamaku menyedari betapa manisnya jalan dakwah ini.Aku tiddak dapat mrnggambarkan bagaimana perasaan ini. Indah sangat~~syuran kepada Allah ^_^.

Cuba fikir..dalam masa 24 jam satu hari tak kan semua masa tersebut kita habiskan dengan study, makan minum, bersembang dan sebagainya. Mana masa kita untuk dakwah??
Dalam hidup ini ada awal., pertengahan dan akhir. Permulaan kita kerana Allah dan pengakhiran kita juga kepada Allah .. agak-agak pertengahan hidup kita untuk siapa ye??

“Apakah kamu mengira, bahwa Kami menciptakanmu dengan sia-sia belaka, dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?.” (QS. Al-Mu`minûn: 115)


Ish2..terkesan sangat dengan ayat Allah. Adakah aku diciptakan dengan saja2 di dunia ini untuk berseronok dan leka?Mestilah tidakk! Aku sudah jumpa arah hidupku. Aku tenng dengan keadaan ini. Aku senang dengan pilihan ini. Aku tahu lorong dakwah itu penuh liku-liku. Tapi keyakinanku akan sesiapa yng menempuhnya akan temui kemanisan iman yang sebenar- benarnya..lets MUJAHADAH! 


MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU INDAH


{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒

















Sunday, 16 December 2012

APA ADA PADA PENDIDIKAN SEKS



Mukaddimah


Isu gejala sosial yang melibatkan seks bebas, kelahiran anak di luar nikah, pembuangan bayi, penularan penyakit kelamin di usia remaja, AIDS dan sebagainya sudah menjadi semakin parah apabila statistik menunjukkan berlakunya peningkatan dari tahun ke tahun. Malah, yang lebih membimbangkan, jumlah yang berada di carta teratas adalah terdiri dalam kalangan remaja Melayu yang beragama Islam!

Hampir setiap minggu kita mendengar melalui televisyen, akhbar dan majalah tentang kes-kes sosial yang menyesakkan nafas umat. Kes pembuangan bayi yang kebanyakannya ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan, malah ada yang tidak dapat dikenalpasti jantinanya berikutan keadaan bayi tersebut yang telah reput atau digigit anjing menjadi fenomena yang biasa. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan sebagainya antara lokasi biasa di mana bayi-bayi malang ini ditemui. Namun, bayi yang tidak berdosa ini ada juga yang bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan masih hidup.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang terlibat bagi membendung gejala yang kian meruncing ini. Pihak kerajaan, pembangkang dan NGO (non-governmental organization) serta masyarakat sendiri masing-masing memberi perhatian serius dalam menangani gejala yang jauh menyimpang dari ajaran Islam ini. Tidak kurang juga cadangan dan penyelesaian yang cuba diketengahkan agar kerosakan yang dihadapi golongan remaja ini dapat dibanteras.

Salah satu langkah kerajaan yang sedang dilaksanakan kononnya bagi menyelesaikan masalah sosial yang berlaku terutama isu buang bayi dalam kalangan remaja adalah melalui pembelajaran di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), iaitu pengenalan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) di peringkat sekolah-sekolah termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebelum ini pendidikan seksualiti diterapkan secara menumpang mata pelajaran lain, namun bermula tahun ini pendidikan seks telah diajar secara berasingan dengan mengekalkan penggunaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS). Persoalannya, adakah melalui Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) ini berjaya membendung masalah sosial remaja atau sebaliknya lebih menggalakkan lagi remaja melakukan seks secara bebas di usia muda dek kerana pendedahan yang diberikan di sekolah-sekolah mereka?

Realiti Kes Buang Bayi Hari Ini

Jika dilihat peratusan kes pembuangan bayi bagi tempoh tiga bulan pertama pada tahun 2011 mencecah jumlah sebanyak 29 kes. Suatu peningkatan drastik yang amat memeranjatkan dan semakin membimbangkan kerana ianya berlaku dalam tempoh suku pertama yang masih belum berakhir bagi tahun ini.

Kes buang bayi yang terbaru berlaku di Pulau Pinang apabila mayat bayi ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati pada 18 Mac yang lalu. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mumtaz Begum Mohd Sultan telah memaklumkan berkenaan berita ini ketika ditemubual di forum anjuran Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam .

Menurutnya, kebimbangan itu berasas jika melihat rekod yang dicatatkan dan dibuat perbandingan dengan tahun lalu. Beliau dipetik sebagai berkata:

“Sepanjang 2010, jumlah kes buang bayi yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia adalah 43 kes”.

“Bagi tahun ini pula, sepanjang tiga bulan pertama sahaja, sudah 29 kes termasuk kes terbaru di Pulau Pinang semalam di mana mayat bayi ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati,” [Utusan 20/3/2011].

Antara kes terbaru juga ialah kes yang melibatkan seorang janda di Ipoh yang melakukan zina bersama kekasih hatinya telah mengandung anak luar nikah. Apa yang amat menyedihkan apabila ibu muda yang telah mempunyai anak hasil perkahwinannya yang sah ini sanggup menggugurkan kandungan haramnya sebanyak tujuh kali sepanjang tempoh empat tahun. “Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.

“Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim,” katanya. [Harian Metro Mac 2011].

Banyak lagi sebenarnya kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita, melalui pelbagai cara dan lokasi pilihan yang dijadikan tempat untuk mereka membuang bayi hasil hubungan haramnya dengan si lelaki durjana yang juga tidak mahu bertanggungjawab. Akibatnya, si ibu yang malu akan cemuhan masyarakat ke atas dirinya bertindak di luar batasan kemanusiaan dan nyata sekali menyalahi ajaran Islam. Tidakkah mereka yang membuang bayi ini sedar bahawa Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman di dalam al-Quran;

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” [TMQ al-Isra’ (17):32].
“Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka telah mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan kepada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mendapat petunjuk” [TMQ al-An’am (6): 140].


Dari Hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Salam yang bermaksud;

“Daripada Ibnu Mas’ud Radhiallahu Anhu,, beliau bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Salam : Apakah dosa yang paling besar? Baginda Sallallahu Alaihi Wa Salam menjawab : Sekiranya kamu menjadikan tuhan yang setanding dengan Allah, sedangkan Dialah yang mencipta kamu. Aku bertanya lagi : Kemudian dosa apa lagi? Baginda Sallallahu Alaihi Wa Salam menjawab : Sekiranya kamu membunuh anak kamu kerana takut dia berkongsi makanan bersama kamu (kemiskinan). Aku bertanya lagi : Kemudian? Baginda Sallallahu Alaihi Wa Salam menjawab : Sekiranya kamu berzina dengan jiran kamu.” [Imam Bukhari, Shahih Bukhari bahagian. 13, ms 394 no. 4117].


Sebagaimana peringatan Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Al-Quran serta Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Salam, bahawa setiap makhluk ciptaanNya di mukabumi ini adalah amat berharga. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan juga harus dipelihara dengan sebaiknya, inikan pula makhluk Allah Subhanahu Wa Taala yang bergelar manusia. Walau sekecil mana pun anak itu, walau apapun status kelahiran anak malang itu, namun dia tetap berhak untuk merasai kehidupan di dunia ini. Sungguh tiada langsung rasa belas seorang ‘ibu’ itu yang telah bersusah payah menyembunyikan kandungannya yang berat dari diketahui orang, bertarung nyawa antara hidup dan mati demi untuk melahirkan zuriat yang lahir dari rahimnya sendiri, akhirnya dibuang bagaikan sampah!

Inilah yang telah berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini. Maksiat dan aktiviti seksual bebas berlaku di mana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada di antara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan merupakan mahasiswa di IPT. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan keji inilah lahirnya satu janin yang bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah yang mementingkan diri sendiri.

Justeru, tanyakan kepada diri sendiri apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam? Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup semata-mata untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga.

Amat memualkan malah fakta ini yang tidak dapat dinafikan, kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi gejala ini. Dari usaha pencegahan sehinggalah kepada usaha pelaksanaan hukuman. Antaranya termasuklah kempen-kempen kesedaran di kalangan remaja, ceramah-ceramah beserta pameran dari badan kerajaan yang tertentu seperti Polis Diraja Malysia (PDRM) dan seumpamanya sehinggalah kepada pelaksanaan hukuman penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini. Ironinya usaha ini seolah-olah tidak memberi kesan dan tidak menampakkan hasil. Jenayah keji ini malah semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi.

Akal yang waras akan bertanya di mana silapnya? Naluri yang penuh keimanan akan bermuhasabah apakah kepincangannya? Hakikatnya ramai yang prihatin malah isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Namun cukupkah hanya sekadar menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa? Cukupkah sekadar manifestasi emosi yang cuak dengan isu pembuangan bayi yang tidak berdosa ini kerana dia adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan?



Statistik Dahulu, Kini Dan Selamanya Jika Tiada Penyelesaian Tuntas

Jika dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mumtaz Begum Mohd Sultan di atas, jumlah buang bayi sepanjang tiga bulan pertama ini mencecah 29 kes.

Sementara statistik kes pembuangan bayi yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan satu trend peningkatan apabila kes yang dilaporkan sentiasa menunjukkan graf menaik dari tahun 2005 – 2011. Dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini sebanyak 517 kes pembuangan bayi dijumpai. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantinanya. Bagi kes yang tidak dikenalpasti jantinanya adalah disebabkan mayat bayi reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan. Dari jumlah 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup manakala selebihnya telah meninggal dunia. [Bernama 9/2/2011].

Perkara ini dapat disimpulkan sebagai sentiasa meningkat walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) dan menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009). [Berita Harian 14/8/2010]. Pada tahun 2010, kes buang bayi menunjukkan penurunan kerana hanya mencecah 43 kes, namun sepanjang tiga bulan pertama di tahun 2011 jumlah kes sudah mencapai 29 kes. Bagaimana pula sehingga penghujung tahun? Nauzubillah.

Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April tahun lalu, membabitkan 312 kes. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM.

Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 kes dilakukan oleh individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.

Sejauh Mana ‘Kejayaan’ Pendidikan Seks?
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, bahawa “hasrat murni” kerajaan melaksanakan pendidikan seks ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelajar dan mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala sosial.

Sebaliknya, melalui laporan-laporan dan statistik-statistik yang dikeluarkan, menunjukkan masih ramai dalam kalangan remaja yang terjebak dalam gejala sosial ini. Tidak cukup dengan kes buang bayi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula berhadapan dengan situasi peningkatan pendaftaran kelahiran bayi-bayi yang tidak sah taraf. Dengan kata lain, anak luar nikah.

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008, sebanyak 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan, bagi tempoh 1999 hingga 2003 sahaja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun 2010 berbanding tahun 2009. [Berita Harian 14/8/2010].

Namun apa sebenarnya faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama daripada ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Apa pun ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada antara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa dilupakan sedikit demi sedikit.

Mungkin juga ianya berpunca daripada kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah di dalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.

Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Kegagalan pendidikan seks dalam menyekat masalah zina dan pembuangan bayi telah terbukti. Di negara barat sendiri yang merupakan pencipta idea dan mengamalkan pendidikan seks juga menemui kegagalan apabila melahirkan ramai remaja yang terjebak dengan gejala seks sehingga kadar penyakit kelamin dan kematian meningkat secara mendadak.

Khatimah
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang diperkenalkan di Malaysia walaupun disokong oleh banyak pihak dan ramai yang memandang dari sudut positif, namun hakikatnya tidak mampu mengatasi secara keseluruhan, jauh sama sekali secara tuntas sehingga ke akar umbi.

Apabila ajaran Islam diketepikan dari kehidupan hatta dalam membuat penyelesaian walau sekecil mana sekalipun, ianya akan menjadi penyelesaian yang bersifat sementara sahaja. Kembalilah kepada Deen yang menyeluruh kerana dengan merujuk kepada penyelesaian yang berasal dari selain Islam hanya akan menimbulkan kerosakan kehidupan manusia. Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

“Tidakkah kamu melihat orang-orang yang mengira beriman kepada apa sahaja yang diturunkan kepadamu serta apa sahaja yang diturunkan sebelummu? Mereka ingin berhukum kepada ‘Taghut’, sedangkan mereka diperintahkan agar menolaknya. Dan sesungguhnya syaitan ingin menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ An-Nisa (4): 60].





SAY NO TO L: LESBIAN
              G: GAY

                               B: BISEKSUAL
                               T:TRNSGENDER



PERKOGSIAN DARI LAMAN MY KHILAFAH~ ^_^


Wallahu a’lam

Friday, 14 December 2012

..WALAU JARAK KITA TERPISAH JAUH..




Jika Hatimu merindukan seseorang...
Pejamkan Matamu dan Katakan...


Bismillahirrahmanirrahim..

Yaa Allah...
Aku merindukannya kerana_Mu Ya Allah..
Jauhkanlah aku dari perkara yang boleh membuat aku lupa kepada_Mu..
Aku semakin mengerti bahwa jarak ini bukan untuk menghukumku..
Tapi Jarak ini untuk Menjaga aku dan dia..

- Dengan ‘jarak’ ini..Aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi lebih baik..

- Dengan jarak ini..Aku dan dia berjanji untuk Memperbaiki cinta kepada Ilahi..

- Dengan jarak ini..Aku dan dia berjanji untuk Mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya..

- Dengan jarak ini..Aku dan dia berjanji untuk Mendalami ajaran Islam...

- Dan Dengan jarak ini juga..Aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti..Aku dan dia akan lebih siap untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Syukur Ya Allah...
Kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan_Mu ini..

Syukur Yaa Rabbi..
kerana memberikan jarak itu kepada aku dan dia..

Ya Allah ....
Sekiranya dia baik untuk dunia dan akhiratku,maka dekatkanlah dan satukanlah aku dengannya....tapi sekiranya dia buruk untuk dunia dan akhiratku...maka jauhkanlah aku darinya ...Aamiin..






Saturday, 1 December 2012

Nabi Isa Dengan Orang Yang Mabuk Bercinta



Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah ini saya terbaca dalam satu blog http://www.mukmin.com.my/baca.php?title=Nabi%20Isa%20a.s%20dengan%20orang%20mabuk%20cinta&id=57&kategori=6 . Kisah yang agak menarik dapat memberikan pengajaran kepada kita.. Moga kita tidak tergolong dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w yang cintakan dunia hingga lupa akhirat. Dunia hanya persinggahan. Akhiratlah yang kekal abadi. Lihat firman Allah ini:



أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (QS. Al Mukminun [23]: 115)


Habis itu..untuk apa sebenar nya kita dijadikan di atas muka bumi ini..Allah Maha Bijaksana. Tidak Allah meninggalkan hambaNya dalam keadaan yang tertanya-tanya tanpa mendapat sebarang jawapan...Ayat cinta Allah yang berbunyi:  




وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)



Ya Allah..lindungilah kami daripada tergolong dalam kalangan hambaMu yang cintakan harta benda dan melupakan hisab. Dalam dunia sekular ini, kita diajar duit adalah segala-galanya. Maka berpusu-pusulah manusia mengejar kekayaan. Tidak lagi mengira halal dan haram. Yang penting hanyalah wang..! Lahirlah anak-anak bangsa yang hanya berkiblatkan harta benda semata-mata. Suruhan agama entah kemana. Yang tinggal hanyalah keinginan dan cita-cita kepada dunia. Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati ".

(Hadis Riwayat Abu Daud)



Ya Allah..Sesungguhnya Kau jualah yag menghadirkan rasa cinta kepadaMu, cinta kepada Rasulullah s.a.w, cinta kepada keluarga, sahabat, guru, suami/isteri dan seluruh umat islam di muka bumi ini.. Lindungilah kami daripada mencintai makhlukMu melebihi cinta kami kepadaMu..




Ya Allah..kami hambaMu yang seringkali melakukan dosa dan tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa.. Ampunilah kami..tunjukilah kami jalan kebenaran. Istiqomahkanlah diri kmi dalam melakukan kebaikan. Jadikanlah taubat kami dengan sebenar-benar taubat. 


Ya Allah...kematian sentiasa menanti kami! Kepada engkaulah kami kembali..Engkau selamatkan lah kami dari azab dan siksaanMu. Kau Maha Berkuasa..Ampunilah kami Ya Allah..kami sentiasa mnezalimi diri kami..