Thursday, 16 May 2013

MAAFKANKU..

makin dekat dengan exam makin banyak yang aku muhasabah diri..
syukur rasanya Allah bagi peluang untuk mencari redhaNya
Di saat orang lain sibuk mencari ilmu dunia tuk menghadapi exam..
Pemurahnya Allah memberi aku peluang untuk mencari makanan rohani di satu majlis ilmu..
Hati yang serabut kian tenang ..
Qasidah yang dialunkan meleraikan satu persatu masalah dalam hati..
Kata-kata nasihat dari Sheikh Zainol Asri seolah-olah merawat hati yang kian ketandusan dalam mencari cinta Illahi..

Kadang2 langkah ini terpesong dlm mencari cintaMu..
dunia yg kucari ini bukanlah matlamat sebenar..
betapa aku alpa hingga melupakan rahmatMu ya Allah..
Hamba apalah aku ini..
Hanya terus-terusan meminta kepadaMu .
Tetapi untuk istiqomah dlm mncari cintaMu amat payah bagiku..

Betapa diri ini tidak betah untuk menggapai redhaMu..
namun apalah lagi yg boleh aku pinta selain keampunan dariMu..
KeampunanMu yg kudamba..

Maaf Ya Allah andai aku terleka..
maaf jika aku alpa,
maafkan aku..
aku bukan aku yang dulu..
aku lupa dengan janjimu..
maaf kan aku kerna tak istiqomah dlm mlakukn kbaikan..
maafkanku jika aku hambaMu yg hanya pandai berbicara
tetapi utk mengotakannya jauh sekali..
maafkan aku..
aku bukan mereka..
aku bukan Nabi Muhammad yg setia dengan jalan dkwhnya..
aku bukn Khadijah yg sggup mngorbankn hrta bnda dmi agamaMu..
aku bukan Nabi Yusuf yg tidak mudah digoda dengan hasutan syaitan..
aku bukan Siti Aishah yg sentiasa tawaduk dlm kehidupannya..



aku hanyalah gadis biasa yang berusaha untuk menjadi semua itu..
aku berusaha untuk menjadi seperti KekasihMu yg setia dgn jln dkwahnya..
Namun, kadg2 langkahku tersasar..
keinginanku tidak kuat..
aku lemah..

aku berusaha untuk menjadi seperti siti Khadijah..
mengorbankan harta benda demi agamaMu,..
Namun, siapalah aku..aku tidk punya harta berjuta2..namun aku hanya punya sekeping kudrat yang sentiasa berusaha untuk mencari ilmu akhirt untuk dikogsi dgn teman2ku..

Aku gadis biasa dan berusaha untuk menjadi sepeti Nabi Yusuf..
Namun, imanku bukn sekuatnya.. Kau mengetahui segala hal diriku berbanding diriku sendiri ya Allah..

Jadi, jgn bolak balikkan hati aku dari mencintaiMu.. izinkan aku untuk mencintaiMu dengan seikhlas hati aku ya Allah..

Aku insan biasa yang sentiasa berusaha menjadi seperti saidatina Aishah yg tawaduk dlm setiap perlakuannya..
Namun, aku hanyalah boleh mencuba..
Dan harapanku..Kau lindungilah aku dan peliharalah aku dari memiliki sifat2 riak..