Tuesday, 31 December 2013

Jaulah ke Penang dan Perlis


Pejam celik pejam celik dah ada kat IPDA.
kejap je rasa nya masa berlalu..
sedih je rasa..
ibu dan ayah hantar ayu samapai je kat IPDA
kali ni sakan berjalan..
sebelum ke jitra pi round penang n perlis.
bertuah la badan merasa naik feri..wakaka
ari ni pi padang besar.
pertama kali rasanya dalam hidup shopping sakan macam ni..
maaf la ayah..anak2 ayah sume perempuan..hehe
pengajaran* ayah jgn bukak tawaran beli apa nak..silap2 semua kedai diborong sekali..haha sayanggg ayahhh ~~muahhh ~~



Bermusafir dengan keluarga membuatkan ayu sedar betapa bertuahnya ayu dipilih oleh Allah untuk merasa indahnya nikmat berkeluarga. 
bahagia dengan cara kami yang tersendiri ^_^

Kadang-kadang selalu terfikir.. pernahkah ayu bahagiakan mereka..
Terkesan dengan buku "Sebelum Aku Bernikah"  by Hilal Asyraf.
Satu pesanan yang ayu akan ingat sampai bila-bila.
Semua orang sibuk nak kahwin..
pernah tak terfikir saat itu..waktu itu..ketika itu..
berapa sahaja masa yang tinggal untuk kita habiskan masa dengan keluarga??
mungkin bagi yang pernah bersekolah di asrama, masa kebanyakan habis di sana. kemudian sambung belajar.
Mana masa dengan family??
kita kehilangan banyak masa dengan keluarga T_T masa bergurau, berjalan, bersembang..rugi sangat-sangat!!

Pesanku pada diri..
selagi ada masa..walau jauh tempat belajar kita..selagi mampu, rajin-rajinlah balik rumah. jenguk ibu ayah. jangan bagi alasan~
 kalau yang hendak berkahwin.
cuba bayangkan berapa banyak masa lagi yang tinggal untuk anda habiskan masa dengan ibu ayah. 
spent ur time with them!gembirakan hati mereka.. itu tanggungjawab kita. 
Kalau sebelum ini, hubungan kita tak berapa rapat dengan keluarga..cari jalan usaha rapat kan kembali. 
lakukan pengorbanan! 
kalau kita ikhlas berusaha insayaAllah kebahagian milik kita.
tak perlu nak buat benda2 yang mahal..
kadang-kadang, tolong kemas rumah, masak, menyakat,,
haa~~tu semua antara cara nak wujudkan kemesraan antara keluarga..


sweettnye ^_^ eh, mcm pengantin pulak..haha
Cuba bayangkan..
andai satu masa kita nak berumahtangga, mesti kita harap isteri/suami kita mesra dan rapat dengan ibu ayah kita..tetapi kalau hakikatnya kita sendiri pun tak rapat dan mesra dengan ibu ayah kita mana mungkin pasangan kita akan lakukannya
.Jarang sangat! bak kata orang putih.."what you give you get back" haha
So, point yang ayu nak tekankan..
nak bina rumah tapak mesti kukuh..
nak pokok subur baja mesti baik
nak berumahtangga asas mesti kukuh
asas ni termasuklah hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia terutama keluarga, ilmu, dan sebagainya. hablu minaAllah wa hablu minannas  >wahhh..boleh jadi   Dr Muhaya ni =P..haha<





sakan noh ..hehe

khusyuk =="

Thursday, 19 December 2013

choco pop

Ollaa~~
oppsss..assalamualaikm ^_^

hari ini salah satu impian ayu tercapai nak buat coklat sendiri..hehe
selalu tengok kat kedai2 macam cantik je..nak beli mahal.. T_T
rasa cam berbaloi pulak..
akhirnya, ayu  membuat coklat sndiri di rumah..
tq to my daddy ..muahhh~~
ayah teringin sangat kan nak tengok ayu wat coklat ni kat rumah..
jeng3.. siap pun!!
My choco pop!
sesuka hati bagi nama yek..



opss..comot! aishh~budak baru belajar..hikhik ^_^

tadaaaaa~~my choco pop!

testing2~ 


nyumm~~ macam cadbury..sapa2 nak tempah boleh la ye...
2 seringgit >versi upin ipin<
haha
untung taw kalau buat bisnes dengan coklat... pray for me ^_^
nak try buat cupcake pulak..

*alhamdulilah syukur dengan apa yg Allah kurniakan..
 Result meningkat dari sem lepas ^_^
tapi tak capai target yg ayu nak..
arab2~~
xpe ayu..sabar yep!
sem depan boleh usaha lagi..
not bad ur arab for this sem.
mungkin Allah nak uji dulu sebab nak ayu lagi usaha yg tebaik ^_^
yakin diri + think positive!!
Allah kan ada
^_^
S.O.R.O.F.................. Allah yusahhil 'alaina ~

Wednesday, 18 December 2013

Sodiq Mukhlis=kawan yang ikhlas..!

Manusia tidak pernah sempurna . 
Pasti ada melakukan kesalahan. 
Manusia tidak pernah puas. 
Pasti ada keinginannya yg perlu dipenuhi
Manusia sentiasa merasakan dia adalah benar. 
Sehingga lupa akan fitrah insan yang sentiasa berdamping dengan kesilapan.
Berubahlah!
Belajar terima kekurangan orang lain.
Jangan rasa kita sentiasa betul!
Jangan anggap kita sentiasa baik!
Kita lupa..
Aturan Allah seperti roda
sekejap atas sekejap bawah.
kita kata orang.
lupa ke?
Balasan Allah sentias ada.
Aku seperti kalian.
kesilapan sentiasa menemaniku..
Maafkanku..
hati ini satu..
tak dapat nak puaskan hati semua orang..

>asrarulqalbi<
*pesanku pada diri*
Moga Allah redha 

*********************************************************************************

Sodiq Mukhlis!
asiiif ya.. 
dalam menjaga hati, kadang2 tak sedar telah menyakiti
mungkin ada tersasul bahasa
terlanjur tindakan
maaf..
selalu menyusahkan..
jangan sedih!
Allah sentiasa ada bersama kita.
tinggal kita perlu bersabar 
mungkin ujian ini nak mendekatkan aku,kamu dan kalian dengan Allah
jangan dikesali segala kejadian.
Yakin Allah punya aturan menjadi sandaran..
jangan pernah kecewa..
Percaya yang Allah tak akan pernah menghampakan hamba-hambaNya.
jangan pernah resah
sebab..Allah sentiasa menyayangi kita
ujian itu salah satu cara Allah utuskan rasa cintaNya ^_^
bertuahkan kita yang terpilih ini?
sodiq mukhlis..kawan yang ikhlas..
keikhlasan itu dapat dirasa 
dari hati-hati yang ikhlas memahaminya.. 
sahabat yg ikhlas sentiasa ingin berpimpin tangan ke syurgaNya
menasihati bila terleka
memotivasi saat diri lemah
menghiburkan di kala kesedihan..
memahami ketika kedukaan..
memaafkan pabila terlanjur melakukan kesalahan..
siapa Sodiq Mukhlis?
aku?
Kamu?
atau..kalian?
yang pasti aku ingin jadi sepertinya..
syukrann 
 ^_^

Dimana ada cincin sentiasa ditemani dengan kilauannya..tak pernah terpisah(*er..ada kena mngenakah..hehe)
..syukrann   ^_^
moga sabar menghadapi segalanya..
sabar+yakin+percaya
Moga Allah redha



Wednesday, 4 December 2013

AKU, KAMU, DIA DAN BAHAGIA::??!




kamu bahagia?
aku bahagia ^_^
tapi kamu tidak kaya
apa kamu kaya kamu bahagia?
senyap.........

* kebahagian itu ada bagi orang yg tahu bersyukur..mungkin di celah2 kesedihan..barangkali berteman seukir senyuman..entah-entah di sebalik sebuah kepayahan, mungkin juga di tengah-tengah kemiskinan. 

kau faham bahagia?
tanya hati, iman, aqal..
kalau dunia tersemat kukuh dihatimu..
jangan mimpi rindukan akhirat
mana mungkin kau menggapai kebahagiaan abadi..
pesanku..
redha Illahi letak di hati (redha Allah pada redha kedua ibu bapa)
kau akan jumpa bahagia

jangan tanya tapi jom cari..!


cuti2 lumut::::
kebahagiaan itu bukan terletak pada kekayaan.orang kaya tak semestinya bahagia. kami bukan mereka. tapi kami bahagia..
bahagia dengan cara kami sendiri..
alhamdulilah
^_^

cuti2 lumut:::: luv u ibu ayah
 ^_^
thankz sebab ajar ayu n adik-adik nak cari bahagia..
hint:: redha Allah

Saturday, 23 November 2013

Telatah opahku

alkisah..

opah; ayu..pergi bukak durian kat dapur. nanti dah abis baru menyesal x makan..

ayu: baik boss!!: opah, ayu nak durian nipis.ayu tak suka yang tebal2 tu..>>well, cucu manja kan..hikhik>>

opah: rasa le durian kahwen tu, sedap isinya.durian kahwin jarang luruh.

ayu: durian kahwin?? isi dia tebal ke opah?

opah: isi tebal..

ayu..errr klo camtu ayu nak durian single la..gerenti isi nipis..haha

opah: #$%@$&*#)#)??



maaf la opah...cucu opah ni nakal sangaattt..hahaha ^_^






Friday, 22 November 2013

mission complete ^_^

Alhamdulilah..
Misi ayu tercapai.. hikhik 
Sebenarnya..ayu ada misi taw cuti ni.
Pernah baca blog cikgu Siti Khadijah??jeng3..
Tertarik sangat dengan teknik mendorong pelajar corot menggunakan gaya Rasulullah..
Ustazah banyak memberi tips macam mana nak menaikkan konfiden, motivasi pelajar yang lemah dalam kelas. Melalui testimoni2 dan bukti2 keberkesanan teknik tu buat ayu kagum sangat. nak pi kursus mahai sangat T_T
so, ayu teringin nak try teknik ni berkesan ke tak..hee



haa..ini adik-adik sepupu ayu. yg baby tu Adli. yg abg tu Hakim...comei kan adli  ^_^

Hakim darjah 1 dan merupakan murid pemulihan. Apa yg ayu belajar dan tahu, murid-murid ni akan rasa rendah diri jika mereka lambat memahami pelajaran. Motivasi dan keyakinan dia rendah. Cara seorang murid menunjukkan rasa kurang motivasi adalah brbeza antara satu sama lain..>>wah2..cam jawab exam EDU plak..haha>>Melalui pemerhatian ayu, hakim seorang yg lincah tapi lambat dalam pelajaran. jadi, sebagai guru kenalah bijak memainkan watak dan memberikan respon yg positif untuk meningkatkan motovasi dalam pelajaran.

bla..bla..bla..

Dipendekkan cerita..bermulalah kajian ayu menggunakan teknik Rasulullah dalam mendorong pelajar corot ni.ehem2!!

Satu hari...tengah syok2 layan baca buku "Simfoni Cinta">>hilal asyraf<<..

hakim: kak yong baca buku apa tu? bukan best pun baca buku..
hakim dah reti baca dah.>>biasalah budak2 suka bangga2 sikit..haha>>

ayu: akak baca buku..best taw! meh sini hakim baca. akak nak dengar. mesti pandaikan hakim baca. kalau hakim rajin baca, mesti cikgu suka
((teknik : bagitahu impak positif jika perbuatan dilakukan.))

hakim menunjukkan rasa malas tapi tetap datang baca kat ayu. dia baca merangkak-rangkak.

Ayu:wah..bagus hakim ni. Pandai adik akak baca sampai habis satu mukasurat. Kalau hakim rajin baca, mesti hakim lagi lancar baca. Boleh dapat no 1 dalam kelas. 
Tanpa menunjukkan sebarang reaksi, dia bersandar di kerusi. 

 Hakim: Kak yong, bagi sini buku tu. Hakim nak baca.(motivasi tinggi)

Haa..nampak tak perubahan kat diri Hakim. Dia nak baca buku tu tanpa disuruh atau dipaksa. Perubahan yg nampak simple tapi sebenarnya bagi kesan pada hakim. 

ok..ayu dah nampak dah keberkesanan teknik mendorong peajar corot guna gaya Rasulullah. ni link blog tu http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/2013/01/aplikasi-teknik-memberi-ganjaran-teknik.html. Dalam ni ada la detail teknik dan dikaitkan dengan hadis2 Rasulullah s.a.w

ok..kiranya ayu berjaya!! ^_^ seronok pulak rasanya. banyak lagi sebenarnya nak cerita tapi tak larat nak taip dah eih.. paling seronok kisah waktu mengaji Al-Quran. next time la cerita ye..haha


kiut sangat..cubit pipi banyak2 ..jgan nakal2 ye..hikhik ^_^

Sunday, 10 November 2013

Sentapp~~"aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu jika hilang agamamu maka hilanglah cintaku"

ok.terkesan.
"aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu jika hilang agamamu maka hilanglah cintaku"
waahh~~indah status ni.
tapi sedikit sentap disebalik kata-kata ini.

tertanya-tanya apakah definisi cinta bagi anda?
hanya sekadar bersuka-suka 
atau membimbing hingga ke akhirat sana
sedihnya hati ini bila membaca
agama hilang, hilanglah cinta pada si dia

kalau setakat itu cara bercintanya
baik lupakan soal hati yang tak kemana
henti-hentikanlah status bicara cinta
kerana cinta kalian rapuh hilang entah ke mana

kata cinta?
kenapa tak berpimpin tangan hingga ke syurga?
 meninggalka si dia dalam sesat yang nyata
kenapa tak pangkunya ke jalan bahagia
menemui Allah yang Maha Esa

Kenapa perlu hilangkan cinta?
islam tak pernah menyiksa kita
kalau sekali tersungkur dari agama
pimpinlah tangannya kembali kepada Pencipta
Bisikkan Qalam Allah ikhlas ke hatinya
Ingatkan si dia betapa indahnya syurga
Ceritakan padanya kasih Allah tiada tandingannya..
Bukankah dakwah tidak kira masa

jangan bilang cinta saat semua indah belaka
kenapa tidak susah senang bersama
Bercintalah mengikut landasan agama..
moga jannah impian bersama

saat diri mengharap rahmatnya..
hanya satu harapan dipinta
bercinta..biarlah ke syurga.
bukan hanya sekadar manis berbicara
sekali tersungkur.pimpinlah dirinya..
jangan tinggalkan si dia tenggelam dalam duninya..


>pesanan ikhlas asrarul Qalbi ^_^<
~moga Allah redha~



Wednesday, 6 November 2013

CONTENG2 EXAM

ok..senyap seketika tengok soalan EDU tadi!
Terkedu.tetiba blank.tarik nafass~~cuba tengok soalan balik..
haiyakkkk~~~susahnyerrr.... HOTTT sangat ni.
soalan struktur ibarat esei..~
dengn lafaz bismillahitawakkaltu'alaAllah ayu pun menghentam dan menggoreng la jawapan semampu mungkin =( sob3~~

teruk sangat jawab tadi..
Mengharap keajaiban drp Allah ^_^
sabar ayu sabar 3 more papers!!
semangat!!
kekalkan momentum dan motivasi intrinsik anda..haha <merepek>

rasa sem ni kuat sikit baca dri sem lepas tapi ...... """"



yakin pada Allah..!Allah tak zalim.mesti ada himah,.sabar ye hati ^_^

Wednesday, 16 October 2013

bila blogku berbicara~~


SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA



Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.



Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”


Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk


begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

>copy paste<
******************************************************************************************



tak tahu la knapa tergerak hati nak share noted ni.. 
rasa nak je bagitaw n mohon kepada semua LELAKI tolong3 jaga hati kaum wanita ini..perasaan n hati mereka halus sangat..kalau bukan suami yg jadi pelindung isteri siapa lagi??wanita bukan tempat mereka untuk bersuka-suka sahaja..byk lagi tggungjawab yang anda perlu laksanakan kepada your wife.. ilmu..didik isteri..nafkah.. rasa2nya para lelaki yang dah kahwin, anda dah laksanakan ke semua ini??ilmu bukan setakat  kenal Allah je. banyak lagi yg perlu anda didik...

rasa geram je bila melihat segelintir kaum lelaki yg  tak bertanggunjawab pada istetri dia.maaf lah kalau kasar..tetapi kalau berlaku depan mata ayu, sapa boleh tahan..

ada satu kisah benar ayu nak share..

ada seorang makcik, cik ida (bkn nama sbenr) yg tlh brkahwin dan mempunyai 5 org anak dan kesemuanya lelaki. Suami bekerja sebagai pemandu lori dan mk cik ida adalah surirumah tangga sepenuhnya. nak dijadikan cerita awal prkhwinan semuanya indah dan bahagia. Pak cik ni punyalah sungguh2 ngorat cik ida. sampai kalau cik ida ni merajuk bukan main siap suruh ayah pak cik ni skali pujuk.punyalah suka sampai tahap tu.. dah kahwin..ada anak..mulalah belangnya~ 

Cik ida seorang yang sangat2 penyabar. dia x pernah melawan suaminya. dia tahu syurga isteri ada pada suami. cik ida selalu kena marah dengan suami. pernah disepak terajang.maki hamun usah dikira la.. kasihan sangat!! anak-anak semuanya dengar cakap ayahnya..tapi bukan sebab HORMAT!! tetapi sebab TAKUT!! kasihan anak2 mereka..hidup dlm ketakutan dan tak pernah melawan cakap. pemandu lori duit banyak jugak kut~~ ==" tetapi kalau tak dimintak cik ida duitnya tuk keperluan rumah dan anak2 jgn harap lah nak bagi..kalau mintak pun kdg2 belum tentu bagi.kdg2 ayu kesian sgt anak org lain bertukar ganti bajunya, anak depa jarang sekali tu pun tunggu raya. si suami amat menjaga imejnya. baju, seluar handphone sentiasa up to date.. xmain la harga murah2 ni..lagak cm orang kaya!! tetapi family sekalipun dia tak peduli.. ayu taw cik ida makan hati..sedih sangat~~ ayu paling kesian anak mereka.. ayu xkan salah kan mereka kalau mereka hisap rokok, ponteng sekolah atau apa2 pun masalah sekalipun. semuanya berpunca daripada sikap ayah mereka..

Anak kalau salah tak pernah tak kena lempang..ayu sendiri tengok n taw betapa barannya suami cik ida..huhu sedih sangat~~ ayu x dek adik laki..kadang2 anak mereka selalu cite kat ayu.sian sangat. kalau nak tahu depe tu adik2 sepupu ayu. ayu syukur sangat keluarga ayu x macam depe..ayu ada ayah yang baik dan sporting^_^ setiap kli keluar makan atau pi mna2 ayu x kan lupa kat anak2 mk cik ida. mesti ada sikit untuk depa. 

Geram sangat tengok sikap suami cik ida..kalau lah ayu kt tmpt cik ida x taw la ayu boleh bersabar le x..dia kat luar makan sedap2..anak2 dan isteri kat rumah kadang2 makan kadang2 x..makan pun ala kadar je...grrrr~~~fuhhh~~sabar2 ayu.. status update kt fb bukan main baik..tapi x pernah dipraktikkan sekalipun kt isteri n anak2..tak taw nak cakap macam mana punya kesian. 

ayu nak nsihat cik ida lebih2 ayu pun x kahwin lagi..==" ayu cuma boleh suruh sabar je..Allah tu Maha Adil. Walaupun ada suami yg cmtu tpi cik ida beruntung ada anak2 yg bijak dan rajin menolong cik Ida. Allah tu Maha Kuasa, balasan Allah kalau Allah nak tunjuk sekarang pun dia boleh tunjuk..Belum saat Allah nak balas perbuatan suami cik Ida.. ujian tu tanda Allah sygkn kita.. 


Ya Muqallibal Qulub..
hati tersentuh melihat ujian ini.
Terkadang aku gembira terlupa akan kesedihan orang lain
Melihat kebahagiaan diri terleka dengan penderitaan insan lain..

Ya Allah.
Kurniakanlh hambaMu ini sekeping hati yang mampu simpati dengan kesusahan orang lain.
sepasang mata yang tidak betah melihat penderitaan insan lain...
kedua tangan yang ringan membantu makhluk lain..

Dalam penderitaanya..
Aku melihat kekuasaan Allah..
keadilan Tuhan yang Maha Esa terbukti..
selangkah kau derita..
Namun kau bertuah memiliki cahaya mata yang baik dan indah pada pandanganku
Senyuman mereka penawar di kala kau derita
telatah mereka pngubat tika kau derita..
Berat mata memandang berat lagi engkau yang memikulnya..
Aku hanya mampu berbicara.
untuk menghadapinya tidakku pasti kemampuanku..

Satu yg kupasti..janji Allah itu pasti!
Pesan pada dirimu..sabarlah~
Kemanisan pasti akan menyusulmu..
erti hidup hanya untuk Allah
jika kau memhami apa erti hidup..
kau pasti akan gembira ....

>mungkin ujian ini jalan untuk kau mendekatiNya<
moga Allah redha ^_^

jauhilah aku dimiliki oleh lelaki yg seperti ini..huhu ='(



Saturday, 12 October 2013

lensa awanku ^_^

assalamualaikum lensa blogku ^^..hee

finally..minggu ini berakhir jugak!! done with pameran literasi bahasa n ipg batu lintang..

baru-baru ni ayu pi johor..banyak gambar pemandangan yang cantik-cantik ayu tangkap..^_^
Tenang sangat hati .. teringat satu ayat dalam al Quran:


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal"


haa..tengok ni..ni gambar original taw.ayu tak edit apa2 pun..cantik sangat ciptaan Allah ^_^

lihat langit hati tenang..mampukah ketenangan ini berkekalan?


kecantikan ciptaanMu tiada bandingan..subhanaAllah 

rse mcam kat dalam crita kartun Barbie je..hikhik



jika melihat bintang di langit..jgn lupa rumput di bumi..tq en rahim for this advice ^^


Allahuakbar!!sedang seronok snap2 gmbr pemandangan.. tulisan kalimah allah terpapar di awan..takjub sgt hati~`nk nangis pun ada..kerdil sgt hambamu ini ya Allah..