Sunday, 29 September 2013

"mengharap pelangi selamanya indah..tapi harapan kian kabur...sob3"

hati mula meragui dengan semua ini..
tak faham apa yang terjadi
ya tuhan..kuatkan hati..
aku hanya gadis yang lemah..
keliru sangat dengan semua yang terjadi..
AKu yakin dengan takdirMu..
tapi.....
Kau lebih Mengetahui..
apa yg terjadi tidak seperti apa yg dibayangkan..
kali ini aku nekad..aku pasrahhh......


Thursday, 26 September 2013

dunia tak layak ditangisi

" jika merenung bintang di langit jangan lupa rumput di bumi"

siapa kau mahu menghukum dirinya?
siapa kau ingin menilai iman di hatinya?
siapa kau menolak takdirNya?
siapa kau menhina ketetapan yang ditetapkan Allah padanya..?

wahai hatiku..
dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi
hina untuk dihiasi
kejam untuk dicintai
bodoh untuk disayangi
lemah untuk disanjungi

Setakat mana pangkat diraba?
sejauhmana rupa dicita?
kemana dituju hati yang nista?

Hentikanlah mencaci manusia
apa ada pada nama
kalau setakat tahu mencela
bukan dunia pengakhiranya
akhirat kian dilupa
berjaya di dunia
akhirat apa kau lupa??


***************************************************


duni ini tidak layak ditangisi!! terlalu mengejar dunia sehingga lupa apa yang utama. Kalau kita sedar mana arah tujuan kita, pasti kita tidak akan mensia-siakan peluang yang kita ada.


"Dari mana kita?
ke mana kita?
untuk apa kita"

kita datang dari Allah, hidup ini untuk Allah dan dijadikan kita bukan sahaja-sahaja tetapi untuk mentaati Allah serta menjadi khalifah di muka bumi.


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”. (QS Al Baqarah : 30)




Sedih rasanya baca ayat ini..betapa Allah mengangkat martabat manusia di saat malaikat mengatakan manusia ini akan membuat kerosakan!! namun, Allah mempertahankan kita. Allah tahu apa yg Dia buat. Realitinya, kita sebagai hamba..nak ingat Allah pun susah.! Malu sangat pada Allah. Kita tak pernah luput dari rahmat dan kasih sayangNya. Nak tulis blog ni pun dgn izin Allah..moga Kau kurniakanku sekepung hati yg sentiasa mengingatimu. Bibir yg basah menyebut namaMu. Aku alpa..aku sedar ya allah..terlalu bnayak memintaMu tetapi menjalankan tanggungjawabku sbg hambaMu aku goyah.langkah kdg2 tersasar!



jadinya...ayu tak boleh sedih2..senyummmm ^_^..dunia ni tak layak ditangisi..kena berfikiran positif!anggap setiap yg berlaku tu Allah nak uji..jgn pernah putus asa dgn rahmat Allah..motivasi yg terbaik adalah drp diri sendiri. Ayu x boleh lemah..think positive..!i know myself better than anyone.. siapa-siapa pun x layak nak menghukum ayu kecuali Allah..walau pun pangkat diorang YDP ke, pensyarah ke, raja sekalipun.iman di hati Allah shj layak untuk mengadili, Sekalipun ayu wat salah bukan bererti ayu gagal. senyumm2..jgn sedih2!!!


#tryedit#senyum#jgnsedeh#
pesan pada diri..
"kamu bukan tidak mampu melakukannya tetapi kamu tidak pernah diberi peluang untuk melakukannya"


Sunday, 22 September 2013

sabar+yakin+percaya ^_^

"mengharap pelangi menjelma tetapi gusar guruh yang tiba.."

ya Tuhan..
yakinkan aku takdirMu adalah lebih baik daripada apa yang aku harapkan..
Allah Maha Mengetahui


                                                







hati tempat segala rahsia..sirru qalbi.. diri ini masih manusia biasa.perasaan gembira, sedih,kecewa, berharap, dikhianati..semua dirasai..bukan tugasku menafikannya..aku tahu aku manusia hina.apa yang diharapkan tidak semestinya seindah fantasiku harapkan..
Ya Allah..moga redhaMu mengiriku..

*sabar+yakin+percaya ^_^

Wednesday, 18 September 2013

#Yakin tak dengan Allah??#kunfayakun#

Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad....~~
rasa macam jantung berhenti seketika..!toink..toink..~
Kereta yg ayu drive kena langgar..
macam mana ayu hati2 bawak kereta sekali pun kalau Allah nak timpakan ujian..jadi jugak..
kun fayakun!!
dah la kereta mak cik..maaf ye~~
ayu tak salah..org yg langgar..huhu
pengalaman mematangkan manusia~~!!
Nannti ayu pi repair ye..

Rasa macam nak marah jugak tadi..kesian pulak tengok akak tu..serba salah sangat mukanya..think positive!kalau ayu marah pun bukan kete tu ok masa tu jugak..insyaAllah ada hikmahnya..Allah nak ajar ayu something ni..Rasa nak nangis tadi..cam mana la nak xplain kat mak cik...

Waaa~~mak cik a.k.a. mak angkat ayu ni orang berada..xkisah langung pasal duit..first time seumur hidup ayu jumpa orang yang xpernah berkira pasal duit. Moga Allah merahmati mak cik dan keluarga. Mak cik x marah ayu pun..dia gelak lagi ad la..hehe siap suh jgn pi repair, nnti pk cik repair kn..aisshhh~~tak boleh jadi ni.kena pi repair sendiri..nnti ayu terhutang budi lagi..kita punya la nak nangis nak explain, mak cik bley wat steady je..bagus jadi org kaya yg x kedekut ni..hehe 

Ayu bersyukur sangat2 dipertemukan dengan org yg baik2..Banyak ayu belajar dari mak cik.tiap2 hari ayu akan buat benda yg berbeza..xbosan..kat hostel IPDA asyik2 blek kels, mkn, rehat, esaimen..~~mcm robot da hdup ayu..Kalo kat umh mk cik..Pi kels pgi2 nek kete, blek umah bley masak ke , tv, bsuh baju, kemas rumah siram pokok bunga...haaa~~syok kan.. ^_^ Paling syok skali...rumah mak cik bley jadi tempat latihan utk ayu mmpersiapkn diri sblm mlgkh ke satu step yg len nnti..nak bina rumah kena pastikan tapak rumah kukuh.. macam tu jugak kehidupan. nak bina baitul muslim yg mwaddah dan sakinah kena la latih diri di awal nk urus rumah..acece~~*point sebenarnya ayu syukur sgt3 terlalu byk nikmt dan kasih yg Allah bagi n xdek satu pun nikmatMu yg boleh ayu dustakan.. Kadang2 ayu malu sendiri.. lgkh bukan selalunya mlangkah megah..ada jugak yg tersasar..Hati bukan selalunya disirami keimanan...kadang2 terlakar kelayuan kpd Sang Tuhan..Ayu buknnya memiliki iman seindah para nabi.. yg sentiasa naik menghrp keredhaan Allah..



YA Allah..
banyaknya khilafku..
Rapuhnya aqalku..
Buta menilai kasih sayangMu
Sombong mendengar kalamMu
Bongkak berdoa kepadamu..
Namun, kasih sayangMu tidak pernah terlepas
Aku malu sendiri..




subhanaAllah ^_^ 


pesanan khas utk org yg jauh dekat di hati..ehemm3~~siapa ye? errr..mstilah tv 9..hehe
jgn sedeh2 da.. insyaAllah Allah lebih tahu apa yg diprlukn hmbaNya..
tgok baby ni cute mesti da x sdey..haha



Sunday, 15 September 2013

bukan sekadar coretan~~

assalam...
hari ini banyak input yng ayu dapat dalam seminar hadis..
Penampilan khas..tkoh yg ayu suka Dr MAZA..
Suka skill communication dan cara dia psyco audience~

guess what??

xsangka Dr MAZA mlihat  dan mntfsir sesebuah novel sama sepert apa yg ayu fikirkan ^_^ xheran la kan..Dr MAZA kan penulis... 
Ayu suka menulis puisi and suka baca novel..!!tak kisah novel apa-apa.er...tpi novel jiwang>> kurang suka da<<..Ayu bukan sekadar membaca je..apa yang menarik tentang novel2 ni::

- ayu suka perhatikan bagaimana penulis mengolah jalan cerita dalam sesebuah novel...novel yang baik adalah penulisan yang mampu mempengaruhi minda dan jiwa pembaca dan membawa pembaca ke alam cerita.

-Novel yg baik dapat mewujudkan konflik yang susah untuk pembaca meneka apakah babak seterusnya!!

- ayu suka perhatikan bagaimana penulis melihat dunia dan setiap kejadian menurut pandangannya sendiri bukan dipengaruhi org lain.

-suka baca novel yang penulisnya menulis setiap perkataan dan ayatnya sampai ke hati..!! jarang jumpa novel yg ada ciri ni...



contoh2 novel yg menepati ciri2  ni::::::::::::::::::::::>>>>>>>>>>>>>



novelll ni memang novel kesayangan ayu!!!! ayu suka cara hilal olah cerita dan mengkreatifkan setiap peristiwa utk dikaitkan dgn unsur2 islam..!! persahabatan berlndaskan keimanan akan melahirkn kuasa yg luar biasa ^_^
1+1=3




ibnu rijal seorg penulis muda yg kukagumi.. ayat2  nya menyentuh hati,..memaksa diri mencari Dia dihatiku..
~muhasabah diri~ suka gaya penulisannya seolah-olah sedang berbicara dengan pembaca ..rugi x baca ni...err..ayu pun tgh cri buku niii~~ baca dri kwn je..impian:: ayu nak cari gak buku ni~~!!!! tggu ye..hikhik
    
Faisal tehrani punya cerita memg besttt!! tpi x pnah ad pn stu bku dia..hehe maaf ye pak ^_^ pnjm org punye je..heee

ni koleksi karya hila asyraf yg ayu ada:::::


   

pernah baca tapi xdak buku

  


AIMMMM!!:: nak kumpul koleksi hilal asyraf, ibnu rijal...chaiyokk ayu ^_^


:::quote for today:::

"h!duP @daL@h UntUk MemBer!"
- "kamu adalah apa yg kamu fikirkan"-