Thursday, 26 September 2013

dunia tak layak ditangisi

" jika merenung bintang di langit jangan lupa rumput di bumi"

siapa kau mahu menghukum dirinya?
siapa kau ingin menilai iman di hatinya?
siapa kau menolak takdirNya?
siapa kau menhina ketetapan yang ditetapkan Allah padanya..?

wahai hatiku..
dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi
hina untuk dihiasi
kejam untuk dicintai
bodoh untuk disayangi
lemah untuk disanjungi

Setakat mana pangkat diraba?
sejauhmana rupa dicita?
kemana dituju hati yang nista?

Hentikanlah mencaci manusia
apa ada pada nama
kalau setakat tahu mencela
bukan dunia pengakhiranya
akhirat kian dilupa
berjaya di dunia
akhirat apa kau lupa??


***************************************************


duni ini tidak layak ditangisi!! terlalu mengejar dunia sehingga lupa apa yang utama. Kalau kita sedar mana arah tujuan kita, pasti kita tidak akan mensia-siakan peluang yang kita ada.


"Dari mana kita?
ke mana kita?
untuk apa kita"

kita datang dari Allah, hidup ini untuk Allah dan dijadikan kita bukan sahaja-sahaja tetapi untuk mentaati Allah serta menjadi khalifah di muka bumi.


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”. (QS Al Baqarah : 30)




Sedih rasanya baca ayat ini..betapa Allah mengangkat martabat manusia di saat malaikat mengatakan manusia ini akan membuat kerosakan!! namun, Allah mempertahankan kita. Allah tahu apa yg Dia buat. Realitinya, kita sebagai hamba..nak ingat Allah pun susah.! Malu sangat pada Allah. Kita tak pernah luput dari rahmat dan kasih sayangNya. Nak tulis blog ni pun dgn izin Allah..moga Kau kurniakanku sekepung hati yg sentiasa mengingatimu. Bibir yg basah menyebut namaMu. Aku alpa..aku sedar ya allah..terlalu bnayak memintaMu tetapi menjalankan tanggungjawabku sbg hambaMu aku goyah.langkah kdg2 tersasar!



jadinya...ayu tak boleh sedih2..senyummmm ^_^..dunia ni tak layak ditangisi..kena berfikiran positif!anggap setiap yg berlaku tu Allah nak uji..jgn pernah putus asa dgn rahmat Allah..motivasi yg terbaik adalah drp diri sendiri. Ayu x boleh lemah..think positive..!i know myself better than anyone.. siapa-siapa pun x layak nak menghukum ayu kecuali Allah..walau pun pangkat diorang YDP ke, pensyarah ke, raja sekalipun.iman di hati Allah shj layak untuk mengadili, Sekalipun ayu wat salah bukan bererti ayu gagal. senyumm2..jgn sedih2!!!


#tryedit#senyum#jgnsedeh#
pesan pada diri..
"kamu bukan tidak mampu melakukannya tetapi kamu tidak pernah diberi peluang untuk melakukannya"


No comments:

Post a Comment