Monday, 25 March 2013

kalau hati ikhlas nak nasihatkan manusia insyaAllah kata2 nasihat tersebut akan dapat menyentuh hatinya.. ^_^

Friday, 15 March 2013

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN..!




Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN,
Yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba membandingkannya dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,
Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagikerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…

Kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!!
Kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini…
Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…
Itulah PASANGAN saling melengkapi…

Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi…pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna…SEMPURNAKAH dirimu??
Tepuk dada tanyalah IMAN…

Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan…
Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangnanya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai Redha-Nya..

Ingatlah...Kesempurnaan Hanya Milik Allah.




Friday, 8 March 2013

Sirr Qalbi.. =(



Rindu tidak dapt diungkapkan dengan kata-kata..
Saat sms kukirimkan tanda ingatan ku kepadamu..
alangkah sedihnya..sms ku berbalas.." wkmslm..spa ni x taw?!'
Bagai disiat2 siat rasa hati ini..
Ya Allah..rahsia dihatiku dlm pengetahuanMu..
Kau tahu apa yg terlintas dlm hatiku..
Apa yang aku inginkan kadang2 xsama dengan percaturan yg Kau rencanakan untukku..
Aku merancang..Kau jua merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancanganMu..
Aku berusaha untuk menjaga hati..aku harap dapat cinta yg Kau redhai..
bukan cinta yg penuh dosa..bukan cinta yg ntah apa2..bukan cinta yg tiada matlamat..
bukan cinta yg sahaja2..
Aku harap hamba Allah tu faham..harapan sekadar harapan..mungkin juga sangkaanku melesat..
Apa dayaku Ya Allah..
Satu ku pohon ya Allah,.pelihara dia, kabulkan segala permintaan dia..bantu dia..
Aku paksa macam mana sekalipun..aku xdapat nafikan perasaan aku kpd hambamu itu ya Allah..
Biarlah rhsia ini menjadi rahsia hatiku..
Kau tahu apa yg terbaik untukku dan dirinya..huhu
mungkin "jarak" yg aku sndiri pilih ini beri sribu satu hikmah yg tersembunyi..