Sunday 15 February 2015

Nukilan wanita


 

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
 
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

~its true~
~copypaste~

Thursday 12 February 2015

hati..moga terus Qowiyy

kehidupan bukanlah apa sahaja yang kita mahukan
tetapi bagaimana kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada
pandangan mata tidak selalunya benar
bahagia melihat insan lain tersenyum..tetapi jauh di sudut hatinya siapa yang tahu
kaya tak semesti bahagia
miskin tak semestinya derita
bahagia yang sebenar adalah sejuahmana kita bersyukur dengan apa yang kita miliki dan sentiasa berprasangka baik dengan Allah

bermonologlah dengan hati, yakin dengan apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Allah tidak sekali-kali membiarkan kita bersendirian.
Allah tahu kita cukup kuat untuk hadapi ujian yang diberikanNya
walaupun berkali-kali kita tersungkur dalam lembah dosa
Pengampunan Allah sentiasa terbuka untuk kita
Segala dosa yang berlalu, biarlah berlalu..jadikan pengajaran
Bertaubatlah selagi pintu taubatNya masih dibuka.
ingat pesan ustaz..
dunia ini tak lama
seronok di dunia ni sementara
nun jauh di sana..akhirat sedang menanti kita.
baik atau buruk, dosa atau pahala..
neraka atau syurga penghujungnya?



Benar diri ini pernah jatuh..
ampuni aku ya Allah
aku lupa ya Allah..
"apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta" 

terima kasih ya Allah..terimalah taubatku.. 
hati..moga kau terus Qowiy
 


Saturday 18 October 2014

hujan


hujan.
lebat sangat.
kosong.tak nampak apa-apa.
seolah-olah memahami bahasa hatiku.
makin lama makin lebat.
tapi...
hujan itu tak selebat hujan di hatiku.
senyum.
terus melangkah ke depan.
jangan toleh.
sekali aku toleh.
aku tak mungkin yang dulu.

jalan yang terbaik?
mungkin.
aku cuba memahami.
walau hati sekeras mungkin menafikan.
diam.
mungkin itu yang terbaik.
sekali aku berkata.
mustahil air mata ini tak menitis.
kuat.
walau aku tahu kudratku tidak mampu.

pasrah. 
itu yang akan aku lakukan.
pengakhiran ini?
untuk masa yang panjang.
aku sendiri tidak pasti.
sabar.
yakin.
dan terus percaya.
sampai bila?
jangan pernah tanya.
aku tiada jawapan.





boleh x nak sembunyi macam ni? s.m.i.l.e



p.a.s.r.a.h untuk masa yang panjang. 




                                    

Tuesday 14 October 2014

W.a.n.g.i

I miss my blog..hikhik
assalamualaikum..
tak tau mimpi apa nak karang blog waktu  ni sedangkan lasttttttt esaimen for this sem tak siap lagi..

W.A.N.G.I
hahahahaha
topik yang merepek kut?
tapi..its up to me nak luah apa-apa la kan..
lumrah manusia, mana ada yang suka bau busuk..ayu suka bau wangi.kalau boleh semua nak wangi..baju, bilik, kete, badan..haa..tu memang la kan. tapi perempuan kan tak boleh wangi berlebihan .cukuplah sekadar memastikan badan tidak berbau sahaja sehingga menyusahkan orang lain.

Bau badan...
grrr....pernah x kita check diri kita sebelum keluar rumah..sebelum pi kelas badan kita berbau tak? atau pakaian kita busuk tak?
Kesian dekat orang sekeliling kita yang terpaksa berpura-pura tak hidu bau yang kurang menyenangkan dari kita..huarghhhhh 
nak tegur takut terasa..hmmmm..
kadang-kadang badan kita tak berbau tetapi pakaian kita yang ada bau yang kurang menyenangkan.
Contohnya, rendam baju lama2.. bertahun2..baru nak sidai..haaaa..tu konfemmm bau semacam je..
Well..kita kan da besar..benda simple macam ni, plizz la jaga..
 even kita tak suka pakai sebarang perfuem, pakailah apa2 pun asalkan badan kita tak menghasilkan bau yang menyusahkan orang lain untuk mendekati kita..
kesian tau kat kawan2..
 sendiri tahu la bau badan masing2..
baju tu kalau dah rasa berbau pi la basuh..susah apa..aishhh



cuba la pakai deodorant or apa2 je la..




                           
kalau susah sangat nak pakai..nahhhh guna niiii...kihkih 

konfemmm xdak bau...kihkih