Pejam celik pejam celik dah ada kat IPDA.
kejap je rasa nya masa berlalu..
sedih je rasa..
ibu dan ayah hantar ayu samapai je kat IPDA
kali ni sakan berjalan..
sebelum ke jitra pi round penang n perlis.
bertuah la badan merasa naik feri..wakaka
ari ni pi padang besar.
pertama kali rasanya dalam hidup shopping sakan macam ni..
maaf la ayah..anak2 ayah sume perempuan..hehe
pengajaran* ayah jgn bukak tawaran beli apa nak..silap2 semua kedai diborong sekali..haha sayanggg ayahhh ~~muahhh ~~
Bermusafir dengan keluarga membuatkan ayu sedar betapa bertuahnya ayu dipilih oleh Allah untuk merasa indahnya nikmat berkeluarga.
bahagia dengan cara kami yang tersendiri ^_^
Kadang-kadang selalu terfikir.. pernahkah ayu bahagiakan mereka..
Terkesan dengan buku "Sebelum Aku Bernikah" by Hilal Asyraf.
Satu pesanan yang ayu akan ingat sampai bila-bila.
Semua orang sibuk nak kahwin..
pernah tak terfikir saat itu..waktu itu..ketika itu..
berapa sahaja masa yang tinggal untuk kita habiskan masa dengan keluarga??
mungkin bagi yang pernah bersekolah di asrama, masa kebanyakan habis di sana. kemudian sambung belajar.
Mana masa dengan family??
kita kehilangan banyak masa dengan keluarga T_T masa bergurau, berjalan, bersembang..rugi sangat-sangat!!
Pesanku pada diri..
selagi ada masa..walau jauh tempat belajar kita..selagi mampu, rajin-rajinlah balik rumah. jenguk ibu ayah. jangan bagi alasan~
kalau yang hendak berkahwin.
cuba bayangkan berapa banyak masa lagi yang tinggal untuk anda habiskan masa dengan ibu ayah.
spent ur time with them!gembirakan hati mereka.. itu tanggungjawab kita.
Kalau sebelum ini, hubungan kita tak berapa rapat dengan keluarga..cari jalan usaha rapat kan kembali.
lakukan pengorbanan!
kalau kita ikhlas berusaha insayaAllah kebahagian milik kita.
tak perlu nak buat benda2 yang mahal..
kadang-kadang, tolong kemas rumah, masak, menyakat,,
haa~~tu semua antara cara nak wujudkan kemesraan antara keluarga..
| sweettnye ^_^ eh, mcm pengantin pulak..haha |
andai satu masa kita nak berumahtangga, mesti kita harap isteri/suami kita mesra dan rapat dengan ibu ayah kita..tetapi kalau hakikatnya kita sendiri pun tak rapat dan mesra dengan ibu ayah kita mana mungkin pasangan kita akan lakukannya
.Jarang sangat! bak kata orang putih.."what you give you get back" haha
So, point yang ayu nak tekankan..
nak bina rumah tapak mesti kukuh..
nak pokok subur baja mesti baik
nak berumahtangga asas mesti kukuh
asas ni termasuklah hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia terutama keluarga, ilmu, dan sebagainya. hablu minaAllah wa hablu minannas >wahhh..boleh jadi Dr Muhaya ni =P..haha<
| sakan noh ..hehe |
| khusyuk ==" |
No comments:
Post a Comment