Saturday, 22 December 2012

DAKWAH ITU CINTA...AKU PENCINTAMU!



{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。

Tarikh 1 /januari 2013 bermulalah perjuanganku dalam bertatih meneruskan langkahku dalam mendidik diri bukan semata-mata menjadi seorang yang bergelar guru malahan menjadi seorang murobbi dan da'ie kepada anak didikku nanti. 2013 merupakan tahun pertama ijazahku.azamku satu..BELAJAR BERSUNGGUH_SUNGGUH! Jika dulu aku banyak terleka 2013 tidak lagi. Kupasakkan impian nan satu..Diri ini tidak boleh main dan leka lagi.! Jangan buang masa. Cuti semester ini banyak mengajar aku dan memberikan ruang untukku bermuhasabah diri.Terima kasih Ya Allah ^_^... Aku tahu tujuan hidup aku yang sebenar. Aku bersyukur ditautkan hati dalam ikatan-ikatan usrah. Aku rindu mendengar kalam-kalam nasihat untukku. Aku rinu kalam-kalam yang banyak mentarbiahku. Syukran jazilan kepada mursyidahku(guruku) yang banyak membimbingku dan memberi pelbagai kalam yang penuh hikmah. Aku gembira bertemu dengan  rakan-rakan seusrahku. Walaupun umur kami berbeza, aku dapat merasakan kehangatan kasih sayang dan betapa menisnya ukhwah ini walaupun sebentar. 

Walaupun bilangan ahli usrahku kecil tetapi aku kagum akan semangat mereka dalam menjadi seorang da'ie. Tidak gentar dengan cacian. Aku kagum! Dengan ini, aku berazam untuk menjadi seperti mereka. Aku tekad! Sibuk macam mana sekalipun, aku kena ada masa dengan dakawah. Aku kena pandai bahagikan masa untuk pelajaranku dan masa untuk dakwah.



Menyeru manusia di jalan Allah adalah tugas yang paling penting bagi semua rasul (semoga Allah merahmati mereka semua). Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t memerintahkan Rasullullah s.a.w dengan firmanNya :

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik".(Yusuf:108)


Dakwah adalah tanggungjawab semua. Aku bersyukur kerna diberi kesedaran ini. Tetapi aku taknak sedar sorang-sorang. Aku nak sahabat-sahabat yang aku sayangi turut bersamaku menyedari betapa manisnya jalan dakwah ini.Aku tiddak dapat mrnggambarkan bagaimana perasaan ini. Indah sangat~~syuran kepada Allah ^_^.

Cuba fikir..dalam masa 24 jam satu hari tak kan semua masa tersebut kita habiskan dengan study, makan minum, bersembang dan sebagainya. Mana masa kita untuk dakwah??
Dalam hidup ini ada awal., pertengahan dan akhir. Permulaan kita kerana Allah dan pengakhiran kita juga kepada Allah .. agak-agak pertengahan hidup kita untuk siapa ye??

“Apakah kamu mengira, bahwa Kami menciptakanmu dengan sia-sia belaka, dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?.” (QS. Al-Mu`minûn: 115)


Ish2..terkesan sangat dengan ayat Allah. Adakah aku diciptakan dengan saja2 di dunia ini untuk berseronok dan leka?Mestilah tidakk! Aku sudah jumpa arah hidupku. Aku tenng dengan keadaan ini. Aku senang dengan pilihan ini. Aku tahu lorong dakwah itu penuh liku-liku. Tapi keyakinanku akan sesiapa yng menempuhnya akan temui kemanisan iman yang sebenar- benarnya..lets MUJAHADAH! 


MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU INDAH


{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒{。^◕‿◕^。} (◕^^◕) ✖✗✘♒

















No comments:

Post a Comment