Wednesday, 5 March 2014

bila tiba..

"Bayangkan jika tiada satu rakaat pun solat kita yang Allah terima"
bukkk!tersentap.
takut memikirkan kata-kata usazah jemputan di masjid semalam
Terbayang-bayang di layar minda keperitan menahan seksaan di padang masyar .
Menangis air mata darah sekalipun tidak dapat menyelamatkan diri dari hukumannya..
Berbahagialah insan yang menerima kitab amalan di tangan kanannya.

tatkala munkar dan nakir menyoal..apa persedian untuk menjawabnya??
nauzubillah..sedihnya hati jika kita dihadapkan di hadapan Allah dan di khabarkan kepada kita..
wahai si fulan bin si fulan, tiada satu rakaat dari solatmu yang aku terima...



Ya Rahman..
 hati ini telah lalai dalam mencari redhaMu
kaki ini hampir tersungkur berlari menagih keampunanMu
Hati ini hampir rapuh mengejar cintaMu..
Kurniakan aku keimanan yang benar-benar mantap
jangan lelahkan aku dalam mencari cintaMu..
Aku sedar ya Allah..
Mustahil ada dua cinta dalam satu Qalbi..
Semuanya yang aku ada milikMu ya Allah..
Andai satu dunia menghinakanku..
janganlah kau hinakan aku ya Rahim..
Tsabitkan hatiku atas jalan dakwah Mu..
tunjukkan aku kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan!
jangan kau tunjukkan aku kebatilan sebagai kebenaran..
Sesungguhnya Kau jualah Maha Mengetahui..
Sungguh aku mengerti..
kematian itu PASTI!

*andai belum tiba masanya..pergilah
redha Allah matlamatku
mana mungkin cinta membawa ke neraka..
maaf..
kejar cinta Allah, nescaya aku pasti bersamamu..
tanya hati,,
Di mana Allah di hatimu?
jangan sedih dan kecewa..
yakin+sabar+percaya
sebelum tiba waktunya..
pergilah persiapkan diri.
mana mungkin mahu membina mahligai yang rapuh tiangnya..
jangan risau.. aku yakin Allah akan menjagamu lebih baik dari yg aku harapkan..
kalau mulanya hubungan kita kerana Allah insyaAllah pengakhirannya juga Allah
bukan aku matlamatmu.. betulkan niat..
maafkan diri ini..
>muhasabah untuk aku, kamu, dia dan meraka<
moga Allah redha
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment