Friday, 24 January 2014

KITAB MUHIMMAH #1

Ayu nak berkongsi ilmu yang ayu dapat masa tazkirah  kitab Muhimmah..
kitab ini mengenai kelebihan dan terpujinya seorang isteri yang sanggup menunaikan tannggungjawab pada suami,memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka, tanggungjawab dan hak suami isteri, hak silaturahim sesama keluarga.

1) Kesimpulan pada tazkirah hari itu, ustaza cakap orang yang tak kahwin tidak dapat peluang sepertimana orang yang dah kahwin.
contohnya: peluang mencari nafkah untuk keluarga, peluang mentarbiah isteri, peluang berjemaah bersama isteri dan anak-anak..  
semua ini dapat pahala..mudahnya sangat nak menjemput pahala.

2) Suami yang bersabar dengan kehendak isteri dan anak-anak pahalanya sama dengan pahala kesabaran Nabi Ayyub . Nabi Ayyub kan diuji dengan penyakit. tapi ada keraguan terhadap hadis ni samada dhoif ke tak..

3) Yakinlah dengan kalam Allah, apabila sesuatu yang disuruh dalam Al-Quran maksudnya mesti manfaat bagi suruhan Allah itu besar.

4) Lelaki kena "halim" yakni lemah lembut kepada isteri, sabar sebab perempuan ini kurang aqal. bukan gila ye..hehe maksudnya. perempuan ada 1 je aqal 9 nafsu tak sama dengan lelaki yang ada 9 aqal..
Nasib baik kuasa talak bukan kat perempuan kalau tak mesti hari-hari laki kena cerai..haha 

5) Jangan jadikan isteri sebagai tempat pemuas nafsu saja. jadikanlah isteri sebagai teman berbual, berkongsi masalah, bergurau,sharing partner. 

6) Ayu tak ingat nama sheikh ni..tapi pesan dia..." sunah-sunah yang muktabar lelaki tak nak buat. Bila time nak poligami cakap sunah.kalau macam itu lupakanlah poligami! lebih baik perbanyakkan buat sunah2 yang lain puasa sunat, qiamullail, bersedekah .

best sangat isi dalam kitab muhimmah ni. senangnye nak menjemput pahala. dan senang jugak nak buat dosa.. apa-apa pun ikhlaskan niat kerana Allah ^_^



dia cakap cinta tak perlukan sebab..
Belajar untuk faham.
dia cakap terima seseorang seadanya..
hati lega.
dia cakap cukup sekadarku berusaha pelihara aurat dan akhlakku.
aku mengerti.
dia cakap perasaan itu dalam hati..
tempat yang paling simpan banyakkk rahsia.
sukar ditembusi besi..
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
ajaibkan hati?
hanya mampu  yakin akan ketentuan Illahi
berharap segalanya-galanya berpaksikan redha Allah
aku yakin..dan akan terus yakin .
moga kamu adalah "dia"
berpimpin tangan menuju jannahNya ^_^







No comments:

Post a Comment