Maafkan saya sahabat..
diri ini belajar untuk memaafkan..
ye..!memang dah maafkan..
tapi luka dihati ini perlu dirawati..
hati ini sakit!
bukan kerna ditoreh oleh pisau..
tapi ditikam dengan kata-kata yg memilukan hati..
beriku masa..
aku hanya manusia biasa..
bukan senang untuk pulihkan segala-galanya dalam sekelip mata..
diri ini bukan membencimu sahabat..
beri masa untuk hati ini melupakan segala-galanya..
bagiku...
sekali sahabat, sahabat untuk selama-lamanya..
diri ini amat hargai ukhwah kita..
ukhwah yang terselit sebuah kepercayaan..
ukhwah yang mengandungi kemesraan..
bukannya ukhwah yg diselangi sebuah helah demi kepentingan diri..
Aku terrrrrlalu kecewa dengan makna persahabatan yang kalian ungkapkan..
nak bina sebuah bangunan asas/tapak mesti kukuh..
kalau tapak tak kukuh bangunan runtuh..
nak bina sebuah persahabatan asasnya yakni kepercayaan mesti kuat
kalau kepercayaan itu dikhianati..apa makna lagi sebuah perahabatan??!
kecilnya nilai sebuah ukhwah bagi kalian..
Ya Allah..kepadamu aku memohon..
Bukan ukhwah macam ini yang aku mahu...!
Besarnya nilai sebuah persahabatan bagiku..
Aku sayng sahabat-sahabat aku..
aku sudah maafkan kalian..
tetapi hati ini sukar untuk kembali seperti dulu..
Ya Allah kurnialah hati yang lemah lembut dan mudah memaafkan orang lain...
Sebenarnya ini bukan sikap aku..
aku jarang marah dan kalau marah mudah memaafkan..
tapi kali ini..aku memang terasa!
hati ini memang sakit sangat.
Sukarnya luka di hati untuk pulih..
Bukan aku tak cuba..
Aku dah cuba..
Lagipun perkara itu dah beberapa minggu berlalu..
Maafkan aku sahabat..
Aku masih kecewa....
~bingkisan suara hatiku~
| saya nak sahabat macam ini!!so, saya kena berusaha jadi sahabat mcam ini jugak utk sahabat saya!! |
Sahabat itu memanglah harus saling mempercayai.
ReplyDeleteRasa sakit itu memang pedih dan akan sukar hilang.
Kepercayaan itu memang sangat penting dalam sebuah persahabatan. Sangat penting.
Namun, tidak semua perkara yang kita dapat cerita.
Cuba enti bayangkan dalam keadaan enti sendiri.
Adakah semua kisah duka enti, enti akan ceritakan pada semua orang? Tidakkan? Enti, dengarlah nasihat ana, ana pernah alami apa yang enti alami. Ya! Rasa sakit itu memang susah nak hilang. Tapi, adakah enti fikir, dengan berbuat begitu semuanya akan hilang.
Hati-hati dengan kata-kata enti, sekali enti menunding jari pada orang lain, 4 kali ganda ianya akan berbalik kepada enti. Ana bukanlah nak menyibuk, tetapi sekadar nasihat saudara seagama.
Hati-hati, bila kebenaran terserlah, jangan sampai enti menyesal.
Jangan jadi seperti ana, ana pernah alami peristiwa seperti enti dan akhirnya kebenarannya terserlah namun ana xsempat berbuat apa-apa kerana pada hari kebenaran itu terserlah, sahabat ana yang ana anggap tidak percayakan ana itu telah pergi meninggalkan ana dengan sekeping surat dari hati ke hati, menyatakan segalanya dan pada waktu itu, air mata je yang menemani ana kerana ana hanya dapat menatap pusaranya.
Jangan sampai enti menyesal. Jangan terus menghukum selagimana enti tidak mendapatkan jawapan yang betul. Jangan terus menilai selagi mana tidak mengenali.
Jika benar enti menganggap sahabat enti itu sebagai sahabat, enti pasti akan menyelidiki terlebih dahulu apa yang berlaku. Cuba enti bayangkan kalau enti berada di tempat sahabat enti tu, kalaulah apa yang enti ungkapkan itu salah, maka enti dianggap telah su'uzzon dengan sahabat enti itu.
Nasihat ana.
Selidikilah dahulu apa yang berlaku.
Jangan kerana 1 kesalahan, semuanya hancur dan akan membawa penyesalan.
Jika enti terus berdegil.
Percayalah! Suatu hari nanti enti akan menyesal kerana mungkin enti akan hilang sebutir permata yang berharga.
Segala yang baik itu dari Allah dan segala yang buruk itu daripada ana sendiri.
Asif ala kulli hal yang menyakitkan hati enti.
Salam sayang duhai saudara seikatan seakidah..
Anonymous
syukrn ats nsiht..alhmdulilah..sgal2 nye dah pulih n kmbli sperti biasa..
Deletemungkn memaafkn tu ambl msa..
Allah dah bukakn hti ana tuk maafkn shbt2 ana..
prshbtn kmi pun sudh trjlin msr seprti dlu..
Mge prshbatan ini kekal till jannah ^_^
Alhamdulillah, moga ikatan ukhuwah yang terjalin antara antum @ antunna jami'an berkekalan.
DeleteJangan bersahabat dengan seseorang, jika kita memandangnya kerana PANGKAT, RUPA, KEBIJAKSANAAN.
Jangan mencari kelemahan sahabat kita itu, sebaliknya renungilah segala kebaikan dan pengorbanan yang pernah dia lakukan kepada kita.
Prinsip ana dalam bersahabat:
Bersahabatlah walau bagaimana pun, sesakit mana pun hati dilukai tapi jangan pernah membenci sahabat walaupun hati itu telah pun berkecai diguris kerana tanpa sahabat, siapalah ana.
Sahabat sebagai wasilah kita mendekatkan diri kepada Rabb, bukan sebagai wasilah untuk menuruti kata hati, memutuskan silaturrahim, bukan untuk memuaskan hati dan menjadi teman dikala sunyi semata-mata. Tapi, sahabat itu medan kita menuju jannah. Bagaimana kita nak kenal diri kita? Sahabatlah cerminan diri kita. Jika buruk sahabat, maka buruklah kita. JIka baik sahabat, maka InsayaAllah baiklah kita. Sebab itu pentingnya Amar Makruf Nahi Munkar.
Allah S.W.T bersabda didalam surah Al-Asr.
"Demi Masa, Sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh. dan mereka yang berpesan-pesan ke arah kebenaran dan berpesan-pesan ke arah kesabaran."
Wallahu a'lam.
Maafkan ana jika ada khilaf tika tinta berpesan.
Segala yang buruk daripada ana dan segala yang baik itu, Allah yang ilhamkan kepada ana.
Salam mahabbah buat sahabat maya ana.
syukran ats nsiht...ana hargai sangt2 ^_^..
Deletewallhu'alam ..