bukan kerana tidak ingin mengenal,
bukan kerana tidak ingin bertanya khabar,
bukan kerana hati ini tidak sudi,
Tapi, hati ini ingin setia..
Selagi tiada lafaz nikah,
selagi itu ada jarak antara kita.
Biar terus di pendam,
biar terus asyik mencari Cinta Allah dan Rasul..
Agar Allah mencampakkan rasa cinta itu pada mu buat diri ini yang serba tidak layak...
Bila agaknya masa itu akan tiba..
khuatir andai diri mu dimiliki insan lain.
Namun, diri ini tidak mampu berbuat apa2..
Kerana jodoh itu urusan Allah..
Hati ini memilih diri mu...
Tanpa mengenal siapa kamu...
Namun, Rasa itu, Allah yg campakkn.. =( ...
Siapa kamu, Ap khabar mu, Biarlah Allah sahaja yg tahu..
Biarkan rasa ini, terus mekar di dalam hati.. =)

No comments:
Post a Comment