Friday, 1 February 2013

LUBANG = KEBENARAN??




"Bayangkan kamu berada dalam sebuah kotak. Kemudian pada kotak itu, ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. Apakah kamu mengira dunia itu, apa yang kamu lihat dari lubang itu sahaja? Adakah kamu merasakan kebenaran itu, hanya apa yang ditunjukkan pada lubang itu sahaja? Apakah yang kamu nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan-kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu? Di sini kamu kena nampak, betapa kita perlu meningkatkan lagi ilmu, melihat lebih banyak pandangan, mewujudkan lubang-lubang lain dalam kehidupan kita"
*~~FANZURU...MAKA LIHATLAH~~WRITTEN BY HILAL ASYRAF



Lumrah manusia merasakan semua tentang dirinya adalah yang paling betul. Hanya berbekalkan sekelumit ilmu mengenai sesuatu terus merasakan dirinya adalah betul.Namun hakikatnya, banyak perkara yang kita tidak tahu. Pesan pada diri..jangan terus taksub dengan satu maklumat sahaja sehinggakan kebenaran atau pun ilmu yang lain kita ketepikan. Ilmu Allah ini luas.

Katakanlah: "Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”. (QS al- Kahfi [18]:109)
.
SubahanAllah..Maha Suci Allah..Lihatlah dunia ini dengan pandangan akal dan hati. Bukannya dengan pandangan nafsu..Sesungguhnya islam itu mensejahterakan akal dan hati. Walau macam mana sekalipun diri kita menolak kebenaran,  hati yakni iman dan akal akan sentiasa bersama kebenaran. Adakah kamu fikir akan menggapai ketenangan walhal kebenaran telah kamu butakan pandanganmu dari melihat dan memikirkannya?

Jangan melihat dan memikirkan dunia dengan pandangan dan akal satu sudut sahaja..pandanglah dengan pelbagai dimensi..Jangan butakan akal dan pandangan dalam mencari kebenaran ...wallahu'alam


No comments:

Post a Comment