Friday, 4 January 2013

Kata mereka aku soleh??!

Mereka anggap aku SOLEH/SOLEHAH hanya kerana acap kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya...

TAPI..
Jauh di sudut hatiku,
Mahu saja aku MENANGIS SEKUAT HATI..
Aku SEDANG BERTARUNG dengan diriku sendiri,
TAK MUDAH..
Allah sahaja TAHU apa yang terbuku di hati..
Aku masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN..
Kadangkala aku TERGELINCIR kerana,
Jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN aku kerana kadangkalanya AKU KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..
SEBAK HATI tatkala aku terbayang,
Manusia hanya penilai bukan penghukum,
Disaat diri ini cuba untuk istiqomah melakukan kebaikan
Godaan dan ujianNya datang bertubi-tubi.
Hati ini resah..
Hati ini mula meragukan PenciptaNya..
Hingga ssaat ini keampunanMu kurayu..
Hati kecil ini mula berbicara..
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?






Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku?K

1 comment: