Friday, 11 January 2013

DIALOG BERSAMA KENALAN 1


=====================================================================

Sifu saya pernah berpesan satu rahsia tentang kejayaan dakwah Nabi SAW menegakkan daulah Islamiyah. Memang hebat jika dikaji dari sudut politik. Rahsianya?

"Menampakkan aktiviti, menyembunyikan tujuan"

Nabi SAW sungguh-sungguh berusaha mendapatkan nusrah dari beberapa kabilah Arab di seluruh Hijaz. Satu persatu ditempuh dengan penuh kesabaran dan istiqamah. Tujuannya, mendapatkan dukungan dua elemen;

1. Kekuatan; militeri yang menjadi tulang belakang negara
2. Kekuasaan; pengaruh politik kepimpinan sebagai ketua negara

Pertemuan dan perbincangan mengenai nusrah yang dituntut dari setiap kabilah berlaku secara rahsia. Sehinggalah Rasulullah SAW berjaya mendapat nusrah dari kabilah Aus dan Khazraj. Kedua-dua kabilah telah bersedia untuk bersatu dan menyerahkan kedua-dua elemen nusrah kepada Rasulullah SAW. Dan itulah tujuan dari aktiviti nusrah Nabi SAW. Aktivitinya tampak, tetapi tujuannya tersembunyi sehinggalah berjaya.

Begitulah contoh terbaik (uswah hasanah) yang wajib kita teladani. Bukan sekadar af'al, bahkan qarain al-ehwal (petunjuk tentang hal) juga perlu kita kaji sunnah sedalamnya (bukan mereka-mereka atau mengada-ada) tetapi begitulah disiplin ilmu yang terbaik (Al-Amidi dalam kitabnya Al-Ihkam).

Bagi orang-orang yang pemikiran dan pandangannya dangkal, pasti terkinja-kinja tak puashati dengan perjuangan yang tak nampak tujuan. Tapi yakinlah bahawa setiap aktiviti perjuangan dakwah tanpa kekerasan, walaupun hanya dengan tulisan diatas selembar kertas, mampu mengubah dunia, menggoncang sistem dan aturan hidup. Janganlah hendaknya kalian tercela dengan celaan orang-orang bodoh yang mencela kerana Allah tidak akan mengurangkan pahala kalian sedikitpun!





========================================================================
copy from ustz hakim..syukrn ^_^
Perkongsian drp  fb ust Ridhuan hakim.. (part 290) tetapi part 1 dalam blog saya ^_^

No comments:

Post a Comment